Tuesday, September 26, 2023

Menjaga Perasaan Daripada Tersakiti

 Assalammualaikum


Hai semua,apa khabar ? aku harap semua dalam keadaan sihat dan selamat. Hari ini aku ada idea nak menulis disini. Post kali ini adalah sekadar "educational puporse" dan ianya tiada kaitan dengan siapa-siapa. Hari ini aku nak bercerita tentang buli. Beberapa hari yang lalu aku ada jumpa dengan seseorang ini dan aku telah pun mendapatkan kebenaran beliau untuk aku ceritakan di blog ini. Ianya sekadar perkongsian dan untuk memberi kesedaran kepada diri sendiri tetang gejala buli dalam ahli keluarga.

Jadi kalau kita sebut pada buli mesti kita terfikir budak "sekolah", tapi pernah tak kita terfikir sebenarnya dalam keluarga boleh berlaku juga gejala buli yang boleh mengangu kesihatan mental. Kalau kes buli yang melibatkan orang luar mungkin seseorang itu boleh lari dan keluarkan diri daripada situasi tersebut. Namun apabila ia berlaku dalam keluarga maka, ia akan "stuck" di situ dan semakin lama ia akan menjadi nanah yang boleh menjadi kanser "dendam" akhirnya memakan diri sendiri. 

Jadi bagaimana ?

Buli ini berkaitan dengan kecederaan fizikal dan juga kecederaan mental yang mampu meninggalkan kesan pada mangsa. Justeru, aku nak sangat masyarakat  menitik beratkan tentang "Keluarga Selamat" dimana selamat didalam rumah sendiri dan didalam keluarga sendiri. Buli dalam keluarga boleh berlaku seperti body shaming , face shaming , lifestyle shaming dan sebagainya. Ia seperti mengumpat, menghina dan mencaci yang akhirnya beri kesan mendalam.

Bagaimana kalau kena buli oleh mentua ?

Pernah dengar orang cakap kalau kita nak berkahwin , kita kena berkahwin dengan keluarga pasangan itu sekali. Namun, tak ada siapa cakap pada bakal pengantin untuk hadam maksud surah an-nisa. Dimana surah an-nisa menjelaskan tentang terciptanya Adam dan Hawa, perintah menyambung silaturahim, larangan memakan harta anak yatim, pernikahan, permasalahan haid, serat hukum terkait perempuan lainnya seperti mahar, waris, mahram, hak-hak isteri, poligami, cerai, rujuk, mabuk dan lain sebagainya. Nahtinjahnya, sebelum menguasai yang lain kita perlu faham kenapa islam itu membenarkan perkahwinan. 

Jadi apabila kita masuk dalam keluarga pasangan kita akan boleh terima budaya yang berbeza dengan budaya keluarga kita. Melalui psikologi, setiap keluarga itu mempunyai budaya didikan anak-anak yang berbeza. Oleh itu, kefahaman atau kefungsian keluarga itu berbeza. Apabila kita menjadi bijak dalam soal "pembentukan keluarga" kita tidak semudahkan memberi laluan atau memberi negativiti untuk masuk dalam diri kita.

Mendapat mentua, ipar duai yang baik adalah bonus dan mendapat pasangan yang baik itu adalah hadiah. Kita juga digalakkan berkahwin sekufu. Untuk apa ? untuk mengurangkan konflik kekeluargaan berlaku. 

Apabila kita mendapat keluarga sebaliknya, peranan kita adalah "teguh". Dimana bersuara tapi bukan biadap. Hanya untuk stand to yourself. Belajar untuk kata tidak. Sekiranya kita rasa ini adalah situasi "buli" maka kita cuba dengan bertenang. Tidak semestinya semua situasi itu perlu berakhir dengan berbincang. Jadi, apabila kita disakiti hati , maka kita bersuara untuk diri sendiri. Semoga sesiapa yang dalam situasi sukar dapat dipermudahkan urusan keluarga. 

Ingat jangan mudah memberi lalui orang lain untuk membuli perasaan kita. Sayang diri sendiri sebelum sayang orang lain. Allah itu tak pernah tidur dan maha mengetahui setiap apa yang berlaku. Semoga ada pelangi dalam kehidupan korang. 


xoxo wara.




No comments:

Post a Comment