Assalammualaikum 🌿
Sekarang ini, semakin kerap aku dengar tentang isu burnout dalam kalangan ibu. Dan secara jujurnya, aku sendiri juga pernah dan sedang melalui fasa yang sama terutama bila berada dalam keadaan over-stimulated.
Korang pernah dengar tak istilah over-stimulated tu? Ia bukan hanya berlaku kepada anak-anak kecil, tapi sebenarnya sangat dekat dengan kita sebagai ibu juga 👩👧👦
Bila terlalu banyak rangsangan dalam satu masa anak menangis, kerja rumah tak habis, emosi tak stabil, kurang tidur, kurang rehat, kurang sokongan, kurang “ruang untuk diri sendiri” tubuh dan minda kita mula memberi signal. Tapi sebagai wanita, kita ini sering diajar untuk “tahan”, “kuat”, dan “boleh buat semua”.
Akhirnya kita rasa kita mampu, walaupun sebenarnya sudah pun melebihi kapasiti diri sendiri. Dan di situlah perlahan-lahan, burnout mula terbina. Ramai orang masih salah faham tentang ibu zaman sekarang. Ada yang kata “lembik”, “tak tahan lasak”, “tak seperti dulu”.Hakikatnya, wanita hari ini bukan lemah. Kita cuma sedang membawa beban yang berbeza emosi, fizikal, mental, kerjaya, rumah tangga, anak-anak semuanya berjalan serentak dalam satu masa ⏳
Dan dalam banyak kajian kesihatan mental, satu perkara yang sangat jelas ialah burnout ibu sering berpunca daripada kekurangan sokongan sistem (support system). Lebih-lebih lagi, sokongan daripada pasangan sendiri 🤍
Aku nak cakap perlahan-lahan di sini, tanpa menyalahkan sesiapa.
Ramai lelaki dibesarkan dengan prinsip:
Akhirnya, bila mereka menjadi suami dan ayah, mereka masih membawa “skrip lama” itu. Mereka fokus untuk menyediakan keperluan material, tapi kadang-kadang terlepas pandang satu perkara paling penting sokongan emosi kepada isteri.
Bukan sebab mereka tak sayang. Tapi mungkin mereka tak diajar cara untuk faham 🧠Dan di sinilah mula timbul jurang.Isteri rasa burnout. Suami rasa dia sudah cukup buat. Akhirnya, masing-masing rasa tidak difahami.Dan bila itu berpanjangan… hubungan boleh mula terasa tegang 💔
Sebagai ibu dan isteri, satu perkara yang sangat membantu aku ialah belajar bertanya pada diri sendiri:
“Apa sebenarnya yang aku perlukan sekarang?”
Bukan sekadar “aku penat”, tapi lebih spesifik:
Aku nak tidur ke? 😴
Aku nak rehat sekejap ke?
Aku nak makan dengan tenang ke? 🍲
Aku nak masa tanpa gangguan ke?
Sebab bila kita hanya berkata:
…ia terlalu besar untuk ditafsirkan. Terlalu umum untuk difahami.Dan akhirnya, kedua-dua pihak jadi keliru.
Dulu, aku pun selalu guna ayat itu.
“Awak ni tak faham saya!” (*aku seorang yang agak dramatik*)
Sampai kadang-kadang menangis sendiri, dalam diam, berharap difahami tanpa perlu berkata apa-apa 🥀 Tapi bila aku mula melihat dari sudut kaunseling, aku sedar satu perkara penting:
Bila kita tidak jelas, dia juga akan jadi buntu. Dan di situlah pentingnya kejelasan keinginan diri sendiri.
Sebab bila kita jelas, kita boleh , minta bantuan dengan lebih tepat , kurangkan salah faham, kurangkan tekanan emosi dan elakkan burnout yang berpanjangan. Korang tahu tak sebenarnya tak salah untuk meminta bantuan , tak salah untuk berkata “aku penat” dan tak salah untuk tidak mampu buat semuanya sendiri. Kerana menjadi ibu bukan tentang menjadi sempurna tetapi tentang menjadi manusia yang juga perlu dipelihara 🌷

No comments:
Post a Comment