Friday, June 5, 2020

WOLO KUALA LUMPUR

Assalammualaikum

Punya lama aku peram cerita Wolo Hotel Kuala Lumpur ini, baru hari ini aku nak update. Sebenarnya banyak cerita yang aku pending, maafkan saya . Nanti saya akan update cuma agak lama berbulan sahaja. hahaha (aku pun tak tahu apa aku buat sampai sibuk tak update blog ini, macam manalah aku nak jadi blogger yang berjaya?) 💁

4 Januari - 5 Januari 2020

Aku plan tidur kat Wolo Hotel ini sebab nak sambut birthday aku yang ke 24 tahun. (p/s aku keluar duit sendiri dan review ini ikhlas ye). Sebenarnya aku baca review daripada seorang penguna twitter pasal Wolo Hotel ini, dia kata wolo hotel ini unik , cantik , sesuai untuk OOTD dan ditengah-tengah kotaraya. Jadi aku pun google lah pasal Wolo Hotel ini dan daripada situ aku suka dan nak sangat sambut birtday kat sana. 

Okay pekara pertama sekali aku buat adalah bukak Trivago , buat compare harga. Harga dia boleh tahan mahal jugalah, mungkin sebab baru , ia ditengah-tengah bandaraya dan 5 minit daripada pavillion. Senang cakap ia akan menjadi tumpuan pelancong sebab inilah mahal😇. Lepas compare harga, aku terus ke app "shopback" . Aku suka "shopback" ini sebab bila beli barang mahal-mahal aku dapat cashback yang nilai besar-besar . Macam aku book Wolo Hotel harga dia RM 210 lepastu aku dapat cashback RM70. Kiranya harga hotel aku dapat dalam RM 140 untuk couple suit👍 . Marilah kita menjadi penguna yang bijak . hahaha

Okay lepas dah book tiba masanya ! ( WOLO HOTEL KUALA LUMPUR)❤

Sekiranya korang naik kereta sendiri ke Wolo Hotel aku cadangkan korang parking di valet parking dan selepas itu tidak perlu bawak kereta lagi. Korang naik public transport if nak pergi jauh daripada bandar or jalan kaki je sekeliling bandar. Valet parking harga RM 20 sekali masuk, jadi kalau keluar masuk harga akan mahal, silap-silap lagi mahal daripada harga bilik korang. Pihak Wolo Hotel memang tak sediakan parking free. Kalau korang nak parking murah korang kena parking kat sungai wang. Kalau ikut aku tak sanggup sebab nak bawak beg jalan kaki dan aku ada mak yang sakit lutut. Jadi kami pilih untuk parking valet dan pandai-pandailah orang tu urus parking dimana👀. Tambahan lagi, pada pendapat aku kalau nak tidur sehari dua okaylah dan agak leceh kalau ada anak kecil sebabnya tiada hiburan untuk anak-anak. Aku rasa target dia pada orang muda sahaja. 👭.

Sampai di lobby hotel , memang cantik aku ulang alik OOTD depan lobby. Sebelah hotel adalah sturbuck yang besar. Jadi kalau korang dah penat berjalan atau duduk dalam bilik bolehlah korang mengopi di sturbuck sebelah. Decorasi yang cantik buat aku duduk sampai tengah malam. Sepanjang perjalanan ke bilik aku tak tahan tengok setiap sudut , rasa nak ootd je . Lepas tu kat tingkat atas sekali ada bar . Tapi masa aku datang tu tengah ubah suai.

Sampai dibilik, memang couple suit tak besar dan tak kecik sangat. Bilik aku menggadap bandar dan tengah malam aku boleh nampak orang busking daripada bilik aku sahaja. Decorasi bilik sangat cantik. Masuk je daripada pintu korang akan jumpa 2 toilet , satu bathroom , satu toilet. Berasingan. Lepastu korang akan jumpa cermin bulat dan singki diluar toilet. Sebelah kanan ada bar table dengan coffee maker. Tiada almari baju , kemudian korang jalan dalam 5 langkah anak sampailah di atas katil yang muat untuk 3 orang. nahhh dah terang aku kasi gambar.


Nampak saiz katil dia? nampak kecik kan ? muat untuk mak , kak na dan aku


ITI je tinggal. hahaha feel welcoming sangat bila ada welcome's words ini.



ini antara yang ada dalam bilik, towel , ubat gigi, berus gigi benda-benda basic kat hotel


ada dua kad dan ada surat welcome , since birthday aku adalah "Happy birthday Ms Siti , enjoy your short birthday vacation" gitu. 


Okay ini table bar aku cakap tu. Botol air dia macam botol IKEA kan hehehe







Okay ini sahaja yang aku boleh share . Next post aku pasal "AKU DAH JADI TUNANGAN ORANG"

kalau korang nak tahu conversation bertunang bermula di WOLO HOTEL inilah bila aku dan mak aku berdeep talk tengah malam dan masing-masing menangis. Korang kena tunggu next post aku. hehehe.


No comments:

Post a Comment