Saturday, August 21, 2021

Life after married

 Assalammualaikum

Hai semua , macam mana hujung minggu ? . Harap semuanya okaylah macam lagu vida lavida . ( Yang dekat okay, yang jauh okay,Di Hari Raya semuanya mesti okay , Ibu ayah okay, Anak-anak okay, Raya with my family feelingnya paling okay) . Banyak-banyak lagu , lagu vida juga buat hari aku ceria hari ini . hahaha😍😍. Aku pejam celik pejam celik 5 bulan dah aku kahwin. 5 bulan yang buat hidup aku pusing 360 darjah bersamaan 150 hari. Orang kata perkahwinan ini indah , dan seronok , gembira dan sentiasa bahagia.

In the reality adalah pasang surutnya , tak sama macam kisah cinderella. But perasaan tu berbeza dan pelik. hahaha😂 . Kenapa aku kata pelik ? . Entahlah rasa pelik , kalau sebelum ini semua benda aku boleh buat sendiri sekarang semua benda berteman , kalau dulu belilah macam-macam sampai bagi duit dalam bank habis, sekarang semua nak kena tanya dulu. Kadang tu rasa tak terluak duit dalam bank tu sebab malas nak tanya. hahaha😅. But it a new lesson to me , mengenali orang yang memang kita kenal , memahami orang memang kita dah faham dan mencintai orang yang kita dah cinta. Kehidupan sangat unik dan sangat menarik. Jujur aku cakap , kehidupan aku rasa sama tapi berbeza dan aku percaya semua orang impikan kehidupan berteman , bercinta dan berkasih sayang. Terasa lengkap agama itu. 

Sebulan selepas aku berkahwin aku lalui fasa berpuasa dengan "suami" , until now aku akan gelak kalau aku guna perkataan "suami" . Actually cute taw guna bahasa melayu nie . Macam "suami ku , isteri ku" aku rasa comel , kadang-kadang aku menyakat syafiq dengan panggilan tu. Nampak muka di blushing-blushing. Hahaha macam terbalik , aku yang suka menyakat dia bagi blushing😚😚.

Kehidupan selepas berkahwin memang kena tolehrasi , memahami , mengerti dan tak saling berputus asa. Kadang kala, aku rasa hidup dah cukup bertuah dan aku je yang tak reti nak bersyukur. Allah berikan semua yang aku nak dan Allah beri senyuman yang aku sendiri lupa nak lakarkan. Aku ada mak , abah , suami , keluarga mertua dan sahabat yang sayang kat aku . Rasa sempurna dah hidup ini. Kehidupan yang lebih sempurna daripada cinderella . 

Kalau dulu aku menangis aku akan simpan sendiri , sekarang aku menangis akan ada orang pujuk. Kalau dulu buat tak adalah kuat sangat buat kerja rumah , sekarang daripada mengemas , memasak , mencuci dan membuat syafiq senyum sepanjang hari adalah tanggunjawap aku. It really fun , subahan Allah. Korang tahu , aku rasa masa bercinta dah cukup merepek isu yang aku gaduh , rupanya kahwin lagi merepek aku pertikakan isu. Isu beli shoppe, siapa yang nak turun ambil makan , kipas slow sangat dan pelik-pelik . Uhm lama kelamaan kita saling belajar kawal dan faham satu sama lain💓

Kata orang sebab baru berkahwin semuanya indah , tapi bagi aku hujan pasti turun dan pelagi menyusul selepas itu. Berat mana sesuatu yang kita tangung dan hadap kita bertanggunjawap atas kehidupan kita sendiri. Aku harap semua yang baca ini nampak kehidupan aku selepas kahwin macam mana dan aku turut berdoa kalian akan rasai kehidupan ini sama seperti aku. 

Jumpa lagi next post 😘



No comments:

Post a Comment