Tuesday, August 24, 2021

Aktiviti bersama anak dirumah

 Assalammualaikum

Apa khabar semua, hari ini aku agak rajin nak share 1 aktiviti yang boleh ibubapa buat di rumah. Aku yakin ramai ibu bapa keluh resah musim pandemik ini sebabnya hampir 2 tahun anak-anak tidak keluar rumah , pelajaran juga terganggu apatah lagi perkembangan development. Sebelum aku share , aku nak nyatakan disini , aku bukanlah seorang yang pakar namun aku ada sedikit pengalaman dengan kanak-kanak.  Dengan sedikit pengalaman inilah aku nak share pada korang semua. Aku harap post kali ini akan jadi post yang bermanfaat buat korang.

Aktiviti : Masukkan kayu ais krim 

Objektif : memperkernalkan warna , belajar mengikut arahan , belajar menunggu giliran dan belajar mengunakan moto halus.

Bahan - bahan :-


1. Kayu Ais Krim yang berwana warni




                       2. Cawan kertas warna wani ( kalau ada cawan ikea, pakai je cawan ikea)


Cara-cara bermain :-

1. Ibubapa mestilah perkenalkan dahulu warna kayu ais krim . Contohnya ambil 4 warna ( biru , kuning merah )

Tujukkan pada anak-anak , pastikan kayu ais krim itu diparas eyes contact anak . Lepastu cakap dengan anak "naufal ini warna merah" sambil menunjukkan kayu ais krim tersebut. 


2. Buat sekurangnya 3 kali setiap warna . (anak tak repeat warna tersebut pun tak apa , tapi kalau mereka repeat itu sangat bagus)

3. Selepas itu , susun cawan kertas berwana ( ambil warna yang sama dengan kayu ais krim yang kita ajar tadi )

4. Kemudian , tunjukkan anak cara nak bermain aktiviti . Contohnya "naufal tengok cawan merah , kayu ais krim merah ( ibubapa letak kayu ais krim didalam cawan merah) " . Buat sehingga anak tertarik untuk join aktiviti tersebut.



      7. Minta anak kelaskan warna tersebut. Sesekali ibubapa tanya " warna apa nie ?" tunggu respon anak. Sekiranya anak tidak respon ibubapa terus cakap ini warna kuning sambil menunjukkan kayu ais krim tersebut. 

Actually aktiviti inilah aktiviti yang paling aku suka main dengan budak-budak. Dulu anak saudara aku pun aku main benda nie, sampai sekarang dah darjah 3 dah aku still main benda nie , kadang main kat app phone je . hahahaha dah majukan sekarang.

Aktiviti ini tak ambil masa yang lama pun untuk buat dengan anak-anak . Jangan risau , ia sangat membantu anak-anak , bermain sambil belajar.

Semoga ia bermanfaat , jumpa lagi di next post ✋

No comments:

Post a Comment