Thursday, September 16, 2021

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

 Assalammualaikum 


Akhirnya aku dapat juga post pasal UKM . Inilah posting yang aku paling tak sabar nak post, tapi sebabkan aku nak urus dulu urusan pendaftaran, yuran dan sebagainya barulah aku yakin nak post. Alhamdulillah akhirnya impian aku untuk jadi pelajar UKM tercapai. Daripada lepas SPM aku memang bercita-cita nak jadi pelajar UKM tapi disebabkan tak ada rezeki aku disitu aku sambung Diploma hingga ke Degree di CUCMS. Pada awalnya aku tak yakin nak apply sebab bagi aku , aku tak pandai pun nak ke UKM  terima aku 😓. Macam biasa aku bedal je , terima tak terima belakang cerita. hahaha.

Aku budak biasa je  , bukan budak pandai-pandai tapi aku  percaya pada rezeki dan usaha. Masa UPSR aku dapat 2A , PMR 3A , SPM 4A dan Degree aku tamatkan dengan CGPA 3.45. So korang boleh nampak perjalanan aku biasa-biasa je . Sebab itu aku tak berapa suka bila orang cakap “sijil tak ada tak apa janji kaya” bagi aku rezeki tu masing-masing dan tak perlu membezakan rezeki kau dan aku😊. Kalau kau belajar pasal Maslow’s Hierarchy of Needs stage yang paling atas adalah self-actualization dalam bahasa melayunya ialah keperluan sempurna kendiri. Setiap orang mempunyai “keperluan” yang berbeza.

Contoh : Si A berkerja di sektor kerajaan. Bagi si A ia dah cukup kerna dia dapat banyak kebaikkan berkerja di sektor kerajan dan juga dia berasa puas melakukan kerja tersebut. Namun ia berbeza dengan si B , walaupun berkerja di sektor yang sama dengan si A , juga mendapat banyak kebaikkan namun kerja yang dia lakukan tidak capai pada kepuasan diri . Menyebabkan si B mengambil langkah untuk pergi kesektor lain. 

Hal macam ini kita tak boleh nak tunding jari cakap seseorang itu tidak bersyukur . Sebabnya setiap daripada kita mempunyai ‘need’ yang berbeza. Jadi ramai yang tanya aku , kenapa aku nak sambung master ? , kenapa tak teruskan berkerja ? , apa yang aku akan buat bila aku habis master ? , adakah sebab aku nak kerja lagi baik atau sebaliknya ?.

Okay , kenapa aku nak sambung master ? . Sebab sejak aku umur 18 tahun lagi aku dah tanam dalam diri aku, aku nak jadi seorang yang berilmu dalam bidang aku sendiri. Lagi bertambah keinginan aku untuk sambung belajar adalah apabila aku melihat kakak aku sendiri dapat sambung belajar sampai ke Phd dan aku nampak bertapa gembira mak dan abah aku pergi convocation kakak aku ketika itu. Masa aku dapat kerja selepas degree bos aku ada tanya , apa yang aku nak lihat diri aku sebelum umur aku 30 Tahun. Spontonnya aku terus cakap , saya nak pastikan saya ada title DR Phd bila saya umur 30 Tahun. 

Aku hanya mampu merancang dan Allah je dapat menentukan . Master bukan level mudah dan aku tahu ia akan sulitkan kehidupan aku . Tapi aku percaya kalau ada usaha pasti boleh berjaya. Jadi aku hadap jelah apa je yang berlaku nanti. Mesti ada yang tertanyakan Degree of Psychology ambil master dalam bidang apa ?

So aku ambil Master of Education (Guidance and Counselling), berdasarkan UKM punya website ini adalah pengenalan program :-

1. Melahirkan profesional yang dapat memberi khidmat kaunseling kepada sekolah, keluarga dan institusi umum. 

2. Memberi pengetahuan yang mendalam kepada pelajar tentang teori-teori asas dalam kaunseling.

3. Memberi kemahiran-kemahiran dalam kaunseling.

4. Membentuk sikap saintifik dan profesionalisme dalam diri pelajar supaya dapat melaksanakan tugas bimbingan dan kaunseling secara berkesan.

5. Melayakkan calon untuk memohon keahlian Kaunseling Berdaftar daripada Lembaga Kaunseling Malaysia

Jadi perancangan aku adalah untuk menjadi kauselor yang berdaftar dibawah Lembaga Kauseling Malaysia juga ingin menjadi seorang pendidik. Untuk master yang aku ambil terdapat 2 mod dan tempoh program .

Mod Pengajian : Kerja Kursus / Mode of Study : Course Work

1. Full time 

2. Partime :2  1⁄2tahun

*Kuliah bermua 8pagi – 5petang (Sabtu-Ahad) Atau 6.30petang – 9.30petang (Isnin-Jumaat) / All lectures start from 8am – 5pm (Saturday-Sunday), Or 6.30pm – 9.30pm (Monday-Friday)

Ini semua daripada website UKM ye .

Jadi aku ambil mod partime. Awalnya aku nak berkerja sambil belajar tapi syafiq tak nak aku stress dia suruh aku decide belajar sahaja. Aku pun okay jelah, dalam masa yang sama aku dapat bantu dia kembangkan bisness dia . Alhamdulillah. 

 Untuk post seterusnya aku akan cerita macam mana aku daftar masuk tapi kena tunggu bulan depanlah . Sebab bulan depan adalah bulan yang pertama kali aku jadi seorang pelajar Master. Akhirnyaaa. 





1 comment: