Saturday, September 18, 2021

Konsep Rezeki

 Assalammualaikum

Musim-musim PKP ini sudah tentu aku sangat rajin tersidai disini 👋 . Hari ini aku nak share pasal konsep rezeki. Sharing kali ini adalah daripada pengalaman aku dan juga daripada MR google 😇. Jadi harap korang semua suka baca sharing kali ini.

Berdasarkan satu article yang pernah aku baca , kita sebagai seorang manusia hendaklah sentiasa bersangka baik dengan Tuhan dalam bab rezeki. Pada mulanya aku memandang rezeki ini adalah daripada  kewangan dan harta benda . Tetapi semakin dewasa rezeki ini terlalu general dan ia tidak specificnya kepada kewangan dan harta benda. Rezeki terbahagi kepada banyak perkara rezeki kesihatan , rezeki kewangan , rezeki harta benda, rezeki jodoh, rezeki anak, rezeki mempunyai ibu dan bapa dan banyak lagi nikmat yang ada pada kita itu sebagai rezeki☝. Dalam rezeki tiada istilah diskriminasi mengiku agama. Allah ini punya sayang pada hambanya dia meletakkan rezeki tanpa dia melihat siapa pun hambanya. Cuma kita sebagai hambaNya  mempunyai sifat yang tamak sehingga kita memandang rezeki itu daripada sekadar harta benda.

Rezeki juga sangat berhubung rapat dengan sedekah. Kalau kita nak rezeki lebih kita kena rajin bersedekah. Dulu aku fikir sedekah adalah daripada kewangan dan harta benda juga. Tapi sedekah ini boleh dikatakan dengan perbuatan kita. 

Contoh : Konsep sedekah (perbuatan) , kita beri makanan pada seorang anak kecil kemudian selang beberapa hari kita lupa bawak duit unuk makan tengah hari. Konsep Rezeki (Reward) Tiba-tiba kawan kita belanje kita makan. 

So nampak tak sekecil mana pun perbuatan sedekah kita , kita akan setiasa dibalas dengan rezeki yang baik dan sebaliknya.

Dulu masa aku baru berkerja , gaji aku tak banyak cuma RM 500 sahaja sebulan . Nak sara hidup dibandar dan sewa bilik lagi ketika itu. Tapi aku bersyukur mak abah sentiasa bantu aku dalam menyesuaikan diri daripada seorang pelajar kepada seorang yang berkerja. Walaupun gaji RM 500 sahaja masa itu aku tetap cekal dan makabah rasa duit gaji aku bulanan . Setiap bulan aku akan masukkan RM 50 sahaja kat makabah. Masa itu RM 50 sangatlah sedikit dan aku sangat sedih hanya mampu beri banyak itu je setiap bulan pada mak abah. Tapi disebabkan doa mak abah aku sentiasa dimurahkan rezeki. Perjalanan hidup yang aku fikir akan menjadi susah dan sukar dipermudahkan selepas 6 bulan gaji aku dinaikkan sebanyak RM 1500 . Dengan gaji RM 1500 aku mampu beli kereta dan bayaran bulanan tanpa mengunakkan duit mak dan abah. Selepas itu rezeki jodoh juga sampai. Dalam perancangan aku simpan duit kahwin , aku masih boleh simpan duit travel ke Japan. Korang bayangkan dengan gaji RM 1500 je aku mampu buat semua benda dan sentiasa rasa duit aku mencukupi setiap bulan. Macam tak logik kan ?  Tapi itu betul terjadi kat aku . Sejujurnya aku memang seorang yang boros, tapi setiap kali dapat duit gaji aku akan buat kiraan dulu pekara yang penting. Terutama beri duit pada makabah.

Selepas itu PKP 1.0 aku berhenti kerja, masa itu aku lost sebab aku dah nak kahwin kemudian tak ada kerja . Bila dah berkerja korang akan rasa komitment bertambah , secara tak jangka aku dapat tawaran kerja sehari selepas aku berhenti kerja. Petang sebelum aku balik kerja , aku dapat call :-

Ulang semula :-

Unknow number : Hello boleh saya bercakap dengan Cik Siti Monauwarah ?

Aku : Ye saya.

Unknow number : Saya ________ (nama dia) daripada _________ (nama syarikat tu) nak tanya Cik Siti, masih berminat dengan _____ (nama syarikat tu). Kami tawarkan gaji basic RM 2000 dan ada EPS , SOCSO dan juga commission .

Aku : Ye saya berminat (memang tak fikir pandang orang cakap langkah kanan. Alhamdulilah aku berkerja selama 6 - 7 bulan sebelum aku berkerja kembali di area aku.

Berkerja dengan sebuah syarikat yang besar bagi aku ia pengalaman yang menyeronokkan . Dikelilingi kawan-kawan yang baik. Kawan-kawan yang kini aku boleh cakap abang dan kakak yang sentiasa mendoakan kebaikan adik mereka. Itu juga rezeki yang aku tak pernah terfikir aku dapat . Walaupun pengelanan aku singkat dengan mereka tapi sehingga hari ini mereka masih contact dan tanyakan khabar aku.

Kalau nak cerita bab rezeki nie memang panjang tapi aku harap sharing aku kali ini dapatlah buat korang berfikir konsep rezeki ini bagaimana . Kadang kita rasa hidup ini hanya untuk kita tapi kita lupa kita hidup adalah untuk amal kepada orang lain juga. Kalau rasa sempitnya rezeki berilah sedikit sedekah , tak perlu cari orang susah yang jauh cukup beri pada ibubapa kita . Kalau ibubapa dah tak ada cukup bagi kenalan kita . Dalam sedar tak sedar mungkin orang sekeliling kita , adik beradik kita dalam kesempitan. Percayalah Allah itu pegang pada janjiNya, kau beri RM 1 Allah pasti akan gantikan 2 kali ganda pemberian kau. Pernah tak korang dengar tangan memberi lebih baik daripada tangan menerima. Janganlah kita jadi meminta-minta kalau kita tidak ada sedikit hati untuk memberi.

Okaylah sampai sini sahaja post kali ini . Next aku nak membebel cerita lain. daaaaa ~💋



Makin berisi itu juga rezeki guys . Maksudnya saya cukup makan dan nikmat selera daaa ~


No comments:

Post a Comment