Monday, February 28, 2022

Review Movie : Ku Kira kau Rumah

 Assalammualaikum

Hai, hai, hai walaupun aku lambat nak review tapi still aku nak review juga cerita Ku kirakau rumah nie.  So bagi aku cerita nie banyak sangat soalan , bagi otak beku macam aku memang lambat sikit nak jawap soalannya 😋 . Jalan cerita yang aku rasa tak ada lagi orang buat dan sikit sebanyak sebenarnya boleh related dengan kehidupan dalam hidup aku. Rate bagi cerita nie aku boleh bagi 7/10 macam gitu. Kenapa aku bagi rate macam tu ? okayyy here we go 😷

Cerita Ku Kira Kau Rumah nie mengisahkan seorang perempuan yang bernama Niskala, yang mempunyai personaliti dominasi . Dimana orang lain semua salah , dia sahaja betul. Orang lain tak boleh cakap "kau salah, kau tak betul" kepada dia sebab bagi dia perkataan tu nampak dia lemah . Pada awal cerita tu aku macam geram juga dengan Niskala nie , sebabnya asyik nak marah je sampailah dia berjumpa dengan seorang lelaki yang bernama Pram. Personaliti Pram nie nampak macam kesepian , dia selalu menulis lagu tapi kat sini aku pelik kenapa orang tak suka lagu-lagu dia dan dia menyanyi. Okay nampak banyak soalan aku nak tanya dan aku makin rasa apa benda cerita nie nak sampaikan😎. Laki aku kat sebelah asyik tengok jam (nampak dia dah bosan nie 😑) . Kalau kau nak tengok cerita macam nie janganlah bawak lelaki , kerna lelaki takkan pernah faham . hahahahaha ( mampus aku kalau lelaki lain baca, tapi i tak kesah 😛 )

Okay aku nak masuk part spoiler cerita nie , di tengah cerita ini barulah aku tahu yang Niskala nie mengidap "Bipolar Disorder" . Apa itu bipolar disorder ? , aku just terangkan secara general sahaja. Bipolar Disorder adalah satu ganguan kesihatan mental yang mempengaruhi emosi seseorang dalam suatu tempoh yang tidak terkawal. Sesorang yang disahkan bipolar ini selalunya akan dikaitkan dengan mania atau hipomania. Ia dikira suatu fasa bagi seseorang yang mengidap bipolar disorder. Perasaan emosi mereka mudah berubah dan perubahan itu kadang-kadang mempunyai 1 tempoh yang tertentu. Contohnya mungkin seseorang akan melalui fasa mania dalam tempoh 6 bulan atau mungkin mereka akan lalui fasa hipomania dalam 6 bulan . Mood mereka sentiasa berubah disebabkan tidak balas kimia didalam kefungsian otak mereka. 

Semasa mania, individu akan berkelakuan luar biasa bertenaga, gembira, atau marah. Hipomania pula sama seperti mania tetapi , mereka masih boleh mengawal emosi mereka mengikut sebab dan masa yang tertentu. Kebiasaanya individu yang sedang melalui fasa mania akan mengalami kesukaran tidur disebabkan otak mereka setiasa aktif. Seseorang yang mengalami biapolar akan menghadapi tempoh kemurungan, mungkin ada masa mereka akan  menangis, pandangan negatif terhadap kehidupan, dan hubungan mata yang lemah dengan orang lain. Risiko bunuh diri di kalangan mereka yang mempunyai bipolar ini yang tinggi .

So daripada cerita tu kita boleh nampak kenapa Niskala bila dia marah, dia betul-betul marah sehingga dia tak boleh fikir apa yang dia cakap , dia tak boleh nampak kebaikan apa yang kawan atau keluarga dia buat . Tapi dalam cerita ini pun apa yang aku nampak sokongan moral yang keluarga dan kawan dia beri tak membantu dalam kefungsian hidup dia. Ibubapa dia terlalu menghalang apa yang dia nak buat. Daripada sudut seorang ibubapa mungkin ayah dia nak kawal emosi dia , tak nak dia terlalu stress diluar dan bina dunia dia didalam rumah dia sendiri. Namun seorang Niskala bukan itu dia mahukan , dia nak dilayan seperti biasa bukan seperti persakit dan bila disekat banyak hal dalam hidup dia perasaan memberontak tu lagi tinggi, keadaan akan menyebabkan dia semakin tidak terkawal. Jadi dia akan bertidak lebih daripada suatu yang tidak dijangkakan . 

Sebagi bakal ibu, aku cuba membanyakkan bacaan tentang parenting. Dimana sebagai ibubapa kita tak boleh jadi helicopter parents . Menentukan siapa anak kita berkawan, apa dia akan jadi, apa yang baik atau buruk untuk dia dan dia perlu patuh kepada peraturan yang ditetapkan oleh ibubapa. Bagi aku tak semestinya ibu atau bapa itu sentiasa betul , kadang kita hanya perlu buat yang terbaik dan beri sedikit ruang untuk anak memilih. Tapi sebagai anak pula , kita tak boleh juga rasa kita sentiasa betul, kita kena fikir juga kenapa parents kita buat macam tu dan lebih baik berbincang apa yang kita suka dengan parents kita daripada orang luar. 

Okay bab kawan pula. Kawan still kawan , bagi aku seorang kawan nie tak berhak menentukan kehidupan kawannya. Sikap kawan-kawan Niskala tu pun buat aku panas juga, tak support langsung . Kalau aku nampak sudut lain lebih kepada cemburu . hahahaha jahatkan , tapi if korang sayang kawan korang , cukup sekadar nasihat dan beri dorongan . Tak perlu menyokong kalau keputusan yang kawan kita ambil itu berbeza dengan kita tapi cukup dengan beri dorongan. Setidaknya kawan kita rasa yang kita sentiasa ada sekiranya apa berlaku dengan dia.

Overall untuk faham cerita nie memang ambil masa sedikit. Bab bercinta tu tak terlalu banyak pun dan aku rasa tak adalah sweet mana tapi moral value dalam cerita tu sangat cantik dan perlu di ambil pengajaran. Selama ini kita hanya nampak sesorang yang mempunyai isu kesihatan mental melalui kehidupan yang sukar namun , mereka yang di sekeliling individu yang mempunyai kesihatan mental juga akan terkesan juga seperti kawan-kawan , keluarga , suami atau isteri. Jadi bagi aku isu kesihatan mental ini tak boleh pandang kepada individu sendiri namun kena pandang secara menyeluruh. Itu sahaja okay daripada aku.

Okaylah gerak dulu apa-apa aku update lagi. 







No comments:

Post a Comment