Thursday, March 17, 2022

35 minggu : Ambil booster okay ke ?

 Assalammualaikum

Pada awalnya aku memang tak nak ambil booster. Sebabnya aku tak nak risiko terhadap kandungan aku. Tapi setelah aku reject booster di Mysejahtera beberapa kali , kes harian semakin naik sampai mencecah 33k sehari . Aku makin risau juga, yelah mana tak risau kebanyakkan yang positive adalah kenalan aku dengan syafiq. Jadi semakin lama semakin berdebar , kes ibu mengadung dijangkiti covid-19 pun semakin hari semakin bertambah. Sikit-sikit dah terdetik nak ambil booster tapi sebab dah reject kat mysejahtera kenalah tunggu temujanji baru.

Nak dijadikan  cerita aku ada temujanji dengan Doctor MFM di Hospital Tunku Azizah . Jadi masa temujanji tu doctor tanya aku dah ambil booster ke . 

Doctor : Awak dah ambil booster?

Aku : Saya ada bercadang nak ambil tapi saya ingat nak ambil masa lepas bersalin.

Doctor : boleh kalau nak ambil lepas bersalin tak ada masalah, tapi kes ibu mengandung kena covid semakin hari semakin tinggi. Ada kes yang dah nak dekat bersalin lagi tahu dirinya positive.

Aku tahu doctor tengah sebarkan kesedaran vaksin terhadap ibu mengandung . Tapi aku still ragu-ragu sama ada nak ambil atau tak .Memanglah setengah orang cakap "badan kau , suka hati kaulah dan ada juga cakap tak wajib booster" . Balik rumah aku bagitahu syafiq. Kitaorang bincang kenapa aku nak pentingkan diri aku . Which is booster aku ambil bukan melindugi aku tapi melindungi baby supaya tak jangkiti. As korang tahu covid-19 menyerang kefungsian buah pinggang, jantung , hati, paru-paru dan sebagainya organ. Covid-19 juga ada kesan selepas dijangkiti. Justeru orang seperti aku ini, semakin berasa sakit bila fikir outcome sekiranya dijangkiti . Dalam setiap doa aku harap dijauhi sebarang virus mendekati keluarga aku. Jadi sokongan moral syafiq dia pun nak serah diri juga ambil booster😍.

28/2/2022 aku dan syafiq serah diri untuk ambil booster. So kita orang datang jam 2 petang dengan pelbagai perasaan. Aku dah standby bag hospital sekiranya ada apa-apa jadi. Jantung memang berdebar-debar sebab banyak aku dengar cerita tak best. Masa sampai kitaorang isi borang dulu , kemudia kitaorang dapatkan nasihat doctor bertugas untuk divaksin. Lepastu kami terus vaksin dan tunggu 15 minit sekiranya apa-apa berlaku. 

1/3/2022 bermulalah drama selepas ambil booster. Aku sakit tangan yang cucuk tu tapi syafiq dia mula demam. Kesan vaksin aku tak berapa kuat tapi syafiq sampai mengigil. Aku hanya risau keadaan baby je , jadi aku pantau FKC (Fental Kick Chart) , Aku pastikan baby tendang 10 kali dan kekal aktif . Syafiq demam 2 hari pada hari ke 3 alhamdulilah dia dah pun sembuh tapiiii lain pulak positive ! . Pada hari ke 4 selepas vaksin syafiq disahkan positive covid-19.

Tudia lepas ambil booster terus kena covid . hahaha next post aku adalah 36 minggu + positive covid. Ye aku tak terlepas ye , sebab duduk serumah confirm aku pun terlibat sama. Tapi memandangkan syafiq dah ambil vaksin, gejala yang dia ada tak terlalu teruk. 1. Demam 2 hari je tu pun masih tak boleh kesan covid. Masa dia demam memang aku buat swab test kat dia , 3 kali memang negative. Tapi hari ke 4 dia mula batuk dan selsema tu baru positive. Jadi syafiq isolate diri 7 hari sepanjang 7 hari alhamdulilah dia mengalami gejala yang tak teruk. 

Aku pun rasa bersyukur bila hati kuat nak ambil vaksin , aku dahlah dalam kalangan yang berisiko tinggi. Jadi aku memang risau bab jangkitan. Lepas ambil vaksin baby aktif macam biasa, aku cuma penat je , kepala sakit dan badan macam lenguh-lenguh. Tapi selepas 3 hari alhamdulilah aku fully recovery daripada kesan booster. Jadi untuk pregnant mommy kat luar sana, fikir untuk lindungi baby. Dapatkan nasihat doctor anda , memang vaksin nie pilihan tapi bagitahu aku, apa pilihan yang kita ada untuk lindungi baby kita ? tak keluar rumah ? sampai bila? , tak bersentuhan orang ? kita faham sop tapi orang lain? . Benda paling simple beratur nak bayar kat kaunter , orang kita dah nampak line jarak 1 meter tapi still rapat-rapat macam kalau boleh halang angin lalu. Mangsa siapa ? kita. Kefahaman dan kesedaran melindungi orang yang berisiko tinggi sangatlah kurang dalam komuniti kita.  Jadi apa yang kita ada untuk lindungi diri kita?

Aku faham ramai orang takut vaksin covid-19 ini since semua orang tahu ia masih dalam ujian klinikal. Tapi bagi aku , sebelum nak vaksin buatlah fully medical checkup diri korang . Supaya korang faham dan mengerti korang punya status kesihatan macam mana. Okay sampai sini je pengalaman aku ambil booster masa 35minggu. Tapi aku dijangkiti covid sebaik aku masuk 36 minggu. Akan share dengan korang macam mana keadaan aku masa dingkiti. see you soon.





No comments:

Post a Comment