Thursday, March 24, 2022

36 Minggu : Positive Covid

 Assalammualaikum 

Hari ini aku nak cerita sikit pengalaman aku dijangkiti virus covid. Aku adalah orang yang sangat risau bila bab sakit nie. Rasa macam segala nikmat Allah terhenti bila kita sakit, nikmat menjadi sihat😭 . Pada mulanya syafiq positive terlebih dahulu dan aku tak positive juga ada gejala seperti batuk. 5 hari aku bertahan untuk tak dijangkiti, tapi akhirnya hari ke 5 aku di sahkan positive. Macam biasa bila positive peritnya nak lalui, kena tambah kuarantin 7 hari . 5 hari kuarantin close contact + 7 hari kuarantin positive😓. Memang terbaring je aku atas katil, sebab penat terlampau penat . Pada hari ke 5 , aku tengah masak sebab nak bagi orang positive tu makan ( a.k.a syafiq ) masa tengah masak tu tiba-tiba rasa kaki badan lenguh semacam , lenguh rasa nak menangis dan perut aku rasa macam tak sedap. Bukan tak sedap nak bersalin tu , tak sedap macam nak keluarkan isi yang aku makan pagi tadi. Terus rasa nak menangis kat dapur dan aku bercangkung je depan peti ais😰. 

Pada awalnya aku ingat mungkin simptom pregnant ke sebab kadang kesan pregnant nie pelik-pelik aku pun sendiri tak faham tindak balas dalam badan aku 😂 . Lepastu aku rasa lagi sedih sebab aku kena buat kerja sorang-sorang walaupun syafiq ada tapi dia dalam bilik kurantin . Kitaorang video call je, sejak aku pregnant belum lagi kita orang tak berjumpa sampai 5 hari. Paling lama pun 2 hari syafiq pergi kuantan sebab ada event. Selalu dia akan angkut je aku kehulu kehilir, memang sepanjang aku mengandung nie aku memang agak seperti belangkas sikit. Uish penat juga sebenarnya ada perasaan tak boleh ditinggalkan hahahaha. Mungkin orang akan cakap "ala mengada-gadalah mengadung macam tu". That is real guys kau tak tahu pun apa yang akan berlaku kat diri kau. Dulu aku ada judgemental macam tu kat orang mengandung tapi bila aku lalui sendiri memang tak lah aku nak judge lagi . Setiap manusia ada lain-lain cara untuk menonjolkan rasa disayangi dan menyanyangi. 

Pada hari pertama sehinggalah ke 5 sebelum aku positive syafiq teman aku tidur secara facetime ye . Aku faham perasaan yang dekat tetapi jauh tu, setiap apa yang jadi dalam rumah ini hanya kau dan suami kau je tahu. Orang luar takkan pernah tahu dan tak akan pernah faham . So masa hari ke 5 tu aku baring dan tak lalu nak makan. Aku risau baby kenapa-kenapa dan aku risau juga kalau bersalin habislah siapa pulak nak teman aku , nak bawak aku ke hospital. Lepastu jam 9malam macam tu hati aku tergerak nak buat swab. Masa nie jantung tak henti-henti laju, dalam hati aku doa biarlah tak positive, aku risaukan keadaan baby dalam perut. Selepas 10 minit result terhasil positive . Aku betul blur apa yang buat sebab aku dalam kalangan berisiko tinggi. Aku cuma nak selamatkan baby dan aku tiba-tiba bayang kes arwah Siti Sarah. Masa tu aku call syafiq cakap aku positive, dia dalam bilik dengar aku menangis memang dia gelabahlah, nak stopkan aku nangis tak boleh , nak cakap sesuatu yang positive pun dia tak boleh dan dia mula gelisah. Aku call kakak aku , kakak aku suruh maklumkan pada CAC tapi waktu operasi CAC daripada 8am - 9pm . Jadi aku call pada jam 9pm pun tak ada guna sebab takkan ada orang angkat. Lepastu kakak aku cakap syafiq dah boleh keluar jumpa aku sebab dua-dua positive. 

Masa tu syafiq dengar terus dia keluar bilik pergi kat aku, kitaorang memang kuat drama . Syafiq gelabah tanya kawan-kawan dia , aku pulak gelabah google apa nak buat👀. Kitaorang fikirkan baby je masa tu dan kitaorang pantau Fental Kick Chart setiap 1 jam. Kalau baby diam je aku akan kacau bagi dia bergerak dan berpusing. Esok pada , awal-awal pagi aku call CAC tapi CAC tanya keadaan aku . 

1. ada sesak nafas?

2.Status oxygen ?

3. demam?

4. Baby mengeras?

semua aku jawap jujur dan dia kata kalau semua saat ini okay aku boleh kuarantin di rumah sahaja sebab aku dah lengkap 3 dose vaksin. Mysejahtera aku update pun pada gejala 1, dalam tempoh 7 hari macan-macam  cara aku buat , minum lemon, minum air cengkih, makan banyak , minum air banyak, guna YL dan macam-macam lagilah.Sampailah hari ke 7 alhamdulillah semuanya okay dan aku checkup hospital. Jantung baby aktif, pada saat dr bagitahu tu aku dah lega sangat sebab lega semuanya selamat aku pun selamat, syafiq selamat dan baby selamat.

Tapi macam korang tahu bila kita kena covid kita akan lalui fasa prolong covid symptom. Pada saat ini ye aku laluinya , aku memang cepat penat , mudah hidung tersumbat dan rasa pening. So aku bagitahulah doktor apa aku alami, dan doktor pun cakap itu prolong covid symptom yang akan ada sehingga 3-6 bulan . So atas sebab tu aku risau juga keadaan baby macam mana. Jadi dr cadangkan untuk aku masuk ward pada 39 minggu usia kandungan aku. Ini pun salah satu yang aku risau sebab sehingga aku tulis blog nie aku masih tak ada tanda-tanda nak bersalin . Kata orang anak pertama memang agak susah nak buka jalan . Jadi doktor pun sarankan aku masuk ward pada 28hb dan tengok situasi pada hari itu macam mana. Sekiranya aku mengalami tanda semula jadi alhamdulillah tetapi kalau tidak mengeluarkan tanda aku perlu di induce (masuk ubat) untuk merasakan tanda. Memang takut , aku dah berapa malam tak cukup tidur dan overthink risau nak berjumpa dengan kesakitan in real. hahahaha

Aku mohon doa pada korang agar dipermudakan urusan aku pada hari kelahiran baby z nanti. Selain tu aku memohon maaf seandainya sepanjang aku menulis blog nie terdapat unsur sindiran atau sebagainya. Insya Allah aku bersedia . Babaiii .


                          

No comments:

Post a Comment