Friday, July 14, 2023

TRAVEL BAWA BABY ? ( BANGKOK 2023 )

 Assalammualaikum

Ini adalah post pertama tahun baru dan selepas 11 bulan. Aku lepas bersalin betul tak ada mood nak buat apa-apa . Rasa nak tidur je sepanjang hari tapi ada anak 👀 . Jadi hari ini rasanya hari yang sesuai aku menulis dan bermain-main di blog ini memandangkan di kecik sedang menikmati masa nap dia 😄. Ramai yang tanya aku :-

"tak bosan ke duduk rumah?"

"suri rumah ke?"

"apa je kau buat sekarang?"

"banyak free time"

Jadi untuk menjawap soalan di atas, marilah kita ketopik asal 😜😜 travel bersama bayi agaknya okay atau tidak? . Travel bersama anak nie perlukan mental dan juga fizikal yang kuat. Baru aku kenal erti kekuatan seorang ibu.

Pada asalnya aku nak bawa zara ke korea. Tapi bila fikir semula, aku tak boleh terus terkejut bawa zara ke perjalanan jauh. Kena ajar dia jangka masa pendek dan panjang dahulu. Yelah budak baru nak kenal dunia. Jadi aku decide paling pun bawa dia pergi langkawi . In Malaysia dan jarak perjalanan 1 jam . So pada awalnya zara ajak gementar. Memang 1 jam flight dia tak tidur. Sampai langkawi terus tidur, tapi tu pengalaman aku dengan syafiq. Kemudian perjalanan balik daripada langkawi ke KL dia dah mula selesa dan tidur sepanjang perjalanan. Jadi balik daripada langkawi aku terus decide nak bawa dia jauh sikit lagi .

Jadi aku pilih ke Bangkok. Bincang dengan syafiq tapiiii alamak si syafiq tak free. Jadi aku call superduper sister lah 💪💪, ajak my sister ke Bangkok. Dalam masa 2 minggu settel semua kitaorang pun fly ke Bangkok. Okay kali nie memang risau , zara okay tak 3 jam perjalanan , seperti biasa aku memang kuat berdrama, segala tips keselesaan ketika bawa bayi aku ikut :-

Tips bawa bayi menaiki kapal terbang :-

1. Beli tiket mengikut waktu tidur/nap bayi.

2. Pastikan datang awal ke aiport untuk mengurus bayi ( tukar pampes, tukar baju, makan)

3. Bawa mainan yang tidak mengangu penumpang lain.

4. Pastika bayi kekal selesa (terutama pakaian yang dipakai, pampes kekal kering)

5. Beri susu/makan yang cukup supaya bayi tak lapar.

6.Ketika kapal terbang take off pastikan bayi menyusu untuk mengelakkan tekanan yang tinggi pada telinga bayi.

Ini antara tips yang aku ikut . Selain tu aku memang bawa bantal kecil untuk zara tak gementar dan selesa. Alhamdulilah sebaik kapal terbang take off zara tidur sehinggalah ke Bangkok. Daripada segi makan pula.

Masa aku pergi nie Zara 10 bulan. Jadi untuk makanan dia banyaknya aku pack bubur dan aku bawa multicooker. Tapi bagi pengalaman aku , itu memenatkan , sebab korang dah jalan-jalan then nak masak apa semua. Baik bawa frozen. 

Selain tu aku bawa zara nestum , biskut dan beli buah kat 7E dia. Untuk trip aku tak ada lah terlalu berkira soal makan dengan zara. Ada part aku bagi je dia makan untuk merasa. Tapi janganlah sumbat tomyam macam cari masalah je . hahaha

Begin a parents kita tak boleh terlalu ikut semuanya . Macam "itu tak boleh ini tak boleh" it making us stress dan tak enjoy every momment. Walaupun nak jaga kesihatan anak tapi kita kena jaga kesihatan mental kita. Jadi transference. Alhamdulillah zara sekarang 1 tahun 3 bulan. Aku bagi macam-macam dah dekat dia dan aku pantau berak dia tindak balas dia lepas makan . Everything was very good.

Sampai 1 masa memang dia kena ada taste daripada segi permakanan. Biarkan mereka expore dan belajar makanan manis macam mana , makanan masin macam mana, masam macam mana, lembik macam mana, keras macam mana dan sebagainya . Kanak-kanak nie belajar melalui daya sensori mereka. 

Oleh itu, i jenis ibu yang if nak rasa aku bagi kalau tidak balas menolak that mean dia tak minta dah. Yang penting berbincang dengan Dr . 

Okay nah enjoylah gambar kita awak















No comments:

Post a Comment