Thursday, December 5, 2019

Alumni CUCMS

Assalammualaikum

Selalu aku bukak blogger nie , tapi setiap kali aku bukak idea aku mesti hagus. Hilang dibakar dan menjadi abu. Setiap kali bangun pagi aku mesti berniat nak bersihkan kawasan blog nie supaya segar dan indah malangnya itu cuma niat (tarik nafas dalam - dalam hembus  ikut botot * terasa udara tak segar bukan ? mcam tulah blog aku sekarang*) hehehehe😅😅

Okaylah hari ini aku mahu melaksanakan niat aku.

typing....
typing...
typing...

Delete ! Delete ! Delete ! 

stressnya aku tak ada benda aku nak cerita . *Nampak sangat aku try hard nak jadi blogger* (aku tahu korang nak kutuklah tu) 😜

Hari ini aku nak tulis pasal "Convocation" . Untuk pengetahuan korang aku dah konvo ! ~ jyeahhh ! 

Tahniah Wara !
Congratulation Wara!
I'm really proud with you !

Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih buat korang yang mendoakan aku , mengutuk aku , mencintai aku , menyanyangi aku dan menghargai aku. Terasa satu beban dah terlepas, ini semua bagaikan mimpi indah buat aku. Tak pernah terfikir nak ada ijazah, tak pernah terfikir nak sambung degree dan tak pernah terfikir nak lulus cemerlang. Kalau korang tanya aku, apa yang aku fikir , aku hanya fikir nak jadi kaya dan mampu beli apa sahaja. Macam mana nak dapatkan duit aku tak tahu macam mana . hahahaha😘

Mak dan abah sangat mengalakkan aku untuk belajar , bagi diorang aku kena kenal hidup daripada pendidikan formal mahu pun tidak. Daftar masuk Ijazah aku buat sendiri , aku beruntung sebab aku memang bekas student situ jadi tiada masalah untuk membuat pemohonon ke peringkat Ijazah. Alhamdululiah perjalanan permohonan Ijazah aku berjalan dengan lancar.

Sepanjang aku belajar daripada peringkat Diploma - Degree aku tak pernah mengadu aku benci apa yang aku belajar pada mak dan abah aku. Paling -paling aku mengadu pasal benda yang tak berkaitan. Aku sangat seronok melalui zaman-zaman itu walaupun aku tak banyak kawan tapi aku rasa kawan yang aku ada sangat berkualiti.

Dalam keseronokan, pasti ada kesedihan , kederitaan aku melalui perjalanan itu. Aku pernah rasa give up dengan kehidupan aku , bukan sebab pelajaran tapi sebab 'emotional' . That time aku tidak tahu cara mengendali perasaan stress , perasaan kecewa dan perasaan sedih. Ketika itu masalah macam bertimpa-timpa. Betullah kalau sesuatu yang tak best dalam diri kita ia akan effect persekitaran kita 😞

Well actually belajar psikologi nie best taw , bila kau down macam tu kau tahu handle dia. Walaupun ambil masa yang lama aku nak bangun tapi alhamdulillah aku survive kowt ! *sound : clap hand !!!!!!*👏👏👏👏

Masa nama aku di panggil aku macam teruja dan rasa nak jerit ... haaaaa mana kau yang cakap aku tak ada apa tu ? aku nonthing tu ? aku diploma je tu ? Now i'm graduated in Bachelor of Psyhology (Hons). *RIAK*

Masa naik pentas aku nampak mak, abah dan kak ana kat atas . Kalau dean tu bagi mic aku punya ucapan mau dua hari haahahahaha. Adik dapat nieee adik dapat jeyahhhhh. 😘😘. Buat kalian yang bersama aku dalam perjalanan ini , aku ucapakan terima kasih dan semoga kebaikan akan kembali kepada kehidupan kalian. Amin. Buat yang mengata aku , aku tak nak mendoakan keburukan buat kalian tetapi aku hanya ingin katakan ,  setiap manusia mempunyai jalan cerita yang berbeza mungkin bagi kau, aku lambat bagi rezeki gaji aku pada ibubapa aku tapi now i did. Aku bagi duit pada mak dan abah aku setiap bulan. Aku hanya harap kau tidak mendowngradekan orang lain seperti mana kau buat pada aku 😘

Esok pagi lepas habis konvo , aku bangun tengok jam aku diam jap , sambil jerit...... Allah MARA kena bayar ! okay . Done !











Thursday, September 12, 2019

Self-Care (Pengurusan diri)

Assalammualaikum

Apa khabar kalian semua, macam biasa mungkin sebulan sekali je tangan aku nie boleh menari-nari di atas keyboard ini untuk update blog. Apa ke malas sangat aku ini😓 . Hari ini aku nak membebel pasal self-care kat korang semua . Apa hal aku nie nak acah berilmu nie (tiber hari nie nak jadi palatau pulak😅)

Pada 10 September lepas kita baru je menyambut hari Pencegahan Bunuh Diri . Hari pencegahan bunuh diri ini adalah salah satu langkah untuk mengurangkan risiko suicide dalam kalangan masyarakat dan juga kesedaran mencegah keingin membunuh diri . Kempen ini di sambut baik di seluruh dunia . Paling aku rasa teruja , pada hari pencegahan bunuh diri ramai yang update positive vibe kat twitter , kali ini aku nampak sebenarnya kita semua nie tak adalah jahat sangat boleh je pun tukar jadi baik walaupun ia adalah kepaksaan tapi paksa-paksa lama-lama jadi terbiasa. Daripada hari pencegahan bunuh diri ini aku perasan kita saling ingin membantu keluarga, sahabat, stranger dan sebagainya untuk teruskan perjuangan kehidupan ini. Kepada semua , you did a good job ! I love you.

Suicide, self-harm dan sebagainya yang membuat body kita rasa sakit bukanlah sesuatu yang rare lagi dalam era nie dan aku juga tak nak cakap ia adalah sesuatu yang biasa tetapi aku ingin bercakap perkara macam ini semakin lama semakin meneliti di cerobong telinga kita. Mungkin anda adalah salah seorang daripadanya . Sekiranya anda membaca blog ini saya ingin memberitahu anda yang anda tiada keseorangan dalam dunia ini, kami , mereka dan siapa sahaja sedang menyanyangi anda. Dapatkan rawatan secepat mungkin saya pasti pakar - pakar di luar sana sangat berlapang dada membantu anda . I love you ! 💖 (nahhhh ambil love nie simpan letak bawah bantal hehehe)

Korang mesti terkejut kalau korang tahu, aku adalah salah seorang yang pernah cuba atau ada keingin untuk self-harm (shhhhhhh jangan judge dulu, aku tengah bagi contoh) . Benda ini boleh berlaku pada siapa sahaja , tak kira usia, jantina, harta dan rupa. Self-harm ini bukan berlaku setiap hari , dan ia berlaku sekiranya terdapat sesuatu yang akan trigger emosi mereka. A few day sebelum aku tulis blog nie aku bersembang dengan seorang klinikal psikologi nie. Dalam perbualan dia , dia banyak tekankan self-care . Aku macam terujanya nak tahu dengan lebih detail pasal self-care nie dan aku pun google lahhhh (aku banyak masa lapang sekarang since thesis dah habis ---- tunggu update pasal thesis aku hehehehe) 

Self-care nie adalah pengurusan atau penjagaan diri yang mengubah kehidupan kita secara sihat. Self care ini melibatkan diet, senaman dan juga penjagaan tidur. Aku mungkin ada belajar tapi aku inikan kesedaran tu lambat sampai . Kalau kesedaran orang lain naik bus , aku still kayuh basikal . hahahaha. Ini adalah beberapa tips untuk stress management :-


1. Set Priorities
(decide what must get done and what can wait, learn to say no when it's necessary)

Okay macam ini bahasa pasarnya korang list kerja korang buat simbol "urgent" "tak urgent"

Contoh
"Urgent = 😡"  "Tak urgent = 💅"

1. Poster markerting due 20/9 💅 (sebab hari ini baru 13/9 jadi set jadual nak buat bila (16/9) )
2. Cuci Kereta 💅 (Jimat duit)
3. Dating 💁 (Reward bila siap kerja)
4. Update Blog 😡 (kalau bulan ni still tak update)
5. Update trip 😡 (kakak aku bising dah)
6. Officemate birthday 💅
7. Cari klien😡 (nanti KPI tak naik)
8. Pengurusan klien 💅 (boleh bahagi kerja dengan team)
9. Sop kerja 😡 (nanti bos marah)
10.Basuh baju 💅 (baju ada lagi)


2. Avoid dwelling on problems
(bukan lari daripada masalah tapi elak daripada masalah)

contohnya kalau korang tahu ada kawan-kawan korang gaduh elakkan jadi penyatuan dua hati . Bukan sebab korang nie tak ada perasaan cuma korang ada diri yang perlu di jaga. Lagi contoh kalau ada bf elak-elak cari gaduh sebab nanti korang yang sakit . Spread love more and you can get more.

3. Schedule regular time for relaxing activities
(Selitkan hari liburan setelah kian lama tidak berhibur)

Dalam seminggu korang decidelah hari sabtu nak keluar daripada pagi sampai malam . Nak dating , nak makan , nak tengok movie, nak tidur sepanjang hari, nak travel, nak dengar ceramah buat je apa yang korang nak buat . Kalau seorang-seorang korang happy juga lantar pi orang cakap forever alone pun janji kau happy.

4. Explore stress coping programmers such as yoga , meditation or tai chi ke .

Dalam korang buat semua benda ini korang jangan lupa 3 main coping skill exercise . Daftar lah gym yang murah , atau pergi jogging seorang-seorang lepas kerja atau buat workout dalam bilik 10 minit sebelum baring atas katil . Simple-simple senaman pun dah cukup . Janji korang set goal sehari sekali kena peluh. Then nutrition , okey aku ada baca satu blog nie tips for healthy eating:- 1. prepare your own meals , 2. eat with moderation , 3. reduce sugar intake, eat a mix of lean protein, whole grains and colourful fruits and vegetable on a daily basis. Nampak mudah dan aku rasa kita boleh nie. hahaha . Lastly adalah sleep . Tidur kena cukup sis , biar 6 jam ke 8 jam tidur kena cukup . Bak kata dahlia trivago dalam procast thinker "aku kena tidur, tidur tu penting" hahahahah.

Aku harap update aku kali nie berguna kat korang luar sana. Semoga kita bertemu kembali sis. 💞💞💞


  


Wednesday, August 21, 2019

Journey as adults

Assalammualaikum

Selamat tengah hari geng ! 😋 . How are guys there ? I hope everything fine. Daha lunch belum ? siapa yang belum lunch tu pergi lunch sekarang , nanti perut masuk angin dan gastrik kasihanlah kesihatan tu . 😘 xoxo wara . hehehe 

Hari ni aku nak cerita pasal perjalanan aku sebagai dewasa. I feel like an adult now.  There are a lot of things I need to think about ( I'm crying 😢) Masa zaman belajar dulu aku selalu nak cepatkan kehidupan aku untuk jadi dewasa ( contohnya : sewa rumah sendiri, ada kerjaya, ada kereta, dapat beli apa sahaja dengan duit sendiri, dapat travel dengan sepuas hati tanpa memikirkan berapa beratnya tangungan aku , tak nak fikir pasal kerja kat rumah dan dapat enjoy dengan kawan-kawan every weekend) . Nampak tak pemikiran aku masa belajar dulu semuanya indah tapi realiti yang aku sedang jalani ini tak seperti itu. Bagi adik-adik yang baca blog ini, akak nasihatkan laluilah zaman korang dengan gembira jangan terlalu inginkan cepat dewasa . 

Setiap hari aku bangun pagi aku akan terkenang abah aku, macam ni rasanya mencari rezeki setiap hari . Bangun awal pagi , mandi, bersiap dan ke kerja. Setiap hari akan lalui pekara yang sama . Dah masuk 6 bulan aku lalui pekara routine ini dan dah jadi terbiasa. Setiap hari aku akan berkerja selama 8 jam dan laluinya dengan penuh kesabaran dan keikhlasan. Satu-satu aku belajar kalau dulu masa belajar kita rasa kita bijak pandai tapi bila kita masuk alam kerja , kita akan bertemu dengan orang lagi pandai dan bagi aku pekerjaan adalah satu pembelajaran yang tidak formal bila kita bertemu dengan orang lain, kita akan belajar cara komunikasi dan common sense terhadap bersekitaran. Unikkan perjalanan hidup kita . Terasa semalam baru belajar ba-ba-ba-ba (baby words) sekarang kita perlu belajar cara komunikasi seperti orang dewasa dan mengunakan akal secara sihat. 

Kalau dulu aku fikir weekend akan jadi hari yang gembira bagi aku, dapat enjoy dengan kawan-kawan tetapi aku silap. Weekend adalah hari yang sangat bermakna kalau kita meluangkan masa kita dirumah , siapkan kerja rumah yang tertanguh selama 5 hari, lifestyle aku sangat berubah sekarang. Ini namanya kita membesar daripada pengalaman . Wah tak sabar nak cerita kat anak-anak aku bila bila aku dah tua nanti . 

Bagi korang yang sedih dengan kehidupan korang , jangan risau semua orang melalui pekara yang sama dalam perkembangan kehidupan . Bagi korang yang tengah mencari kerjaya jangan pernah give-up , saat korang mencari adalah saat yang sangat indah hayatinya dan percaya pada rezeki Allah tetap akan beri. 


Selepas aku dapat kerja ini , aku terus senarikan matlamat aku selama setahun. Tujuan aku senaraikan ini semua adalah untuk aku nampak progress kehidupan aku satu persatu . Baru rasa hidup ini sangat bermakna. Aku nasihatkan korang  buat "long term goal" "short term goal" dalam kehidupan korang.


"apa goal long term ? " dan "apa goal short term?"
Long term goal adalah matlamat yang perlukan jangka masa yang panjang. Contonya :-

Tarikh : 22 Ogos 2019
Hari :     Khamis

Long term goal .
Tarikh : 22 Ogos 2020
Hari : Sabtu

Goal : Dapat kunci rumah pertama di ___________ dan buat sewa atau duduk.

Plan:-
1. Bukak ASB pinjaman (saving rm 1000 sebulan)
2. Buat partime yang dibayar secara cepat
3. Berbelanja tidak melebihi rm 800 sebulan


kemudian korang buat kotak jadual yang boleh membuat korang nampak flow duit keluar masuk korang selama setahun.


Itulah long term goal. Long term goal boleh juga buat untuk kahwin , untuk ada anak (family planing),  dan sebagainya.

Setengah orang rasa aku buat benda nie sebab aku kedekut atau sebagainya tetapi inilah pengurasan kehidupan yang membantu kita sehingga tua. Bila buat macam nie rasa rezeki tu dibuka luas-luas. Sebagai seorang dewasa , ekonomi adalah satu penting dalam meniti kehidupan . 

Short term goal adalah matlamat jangka pendek yang korang yakin boleh tertunai

Tarikh : 22 Ogos 2019
Hari : Khamis

Short term goal:
Tarikh : 30 December 2019
Hari : Isnin

Goal : Kereta _______ pertama

Plan:-
1. Bukak ASB pinjaman (saving rm 1000 sebulan)
2. Buat partime yang dibayar secara cepat
3. Berbelanja tidak melebihi rm 800 sebulan

Short term goal perlu untuk korang capai apa yang korang nak dalam hidup ini . Sebelum korang senaraikan short term korang , pastikan korang masak dah dengan kehidupan korang. Makanya korang tahu kebolehan korang untuk capai sesuatu itu. Orang cakap ukur baju di badan sendiri. Short term boleh juga buat untuk travel , beli baju, beli minyak wangi, beli apa yang korang inginkan .


Aku harap post kali ini membantu korang dan adults journey sangat mencabar , jadi aku ucapakan good luck ! semoga Allah lindungi dan bantu kita dalam apa jua keadaan. 



ini antara aku punya short term goal ( btw aku dah set long term goal hehehehe)
Korang boleh agak tak apa long term goal aku ? 👉👈


Monday, August 5, 2019

Superpark Malaysia

Assalammualaikum

Hai korang ! , sihat ? hari ini aku cuti biasalah waktu kerja aku tak sama macam orang lain . Orang kerja aku cuti orang cuti aku sibuk nak kerja. hahaha Okay since cakap pasal cuti nie aku nak ceritalah kat korang pasal pengalaman aku ke superpark malaysia. Korang tahu tak Superpark nie kat mana?????  (malaslah nak fikir bagitahu jelah wara oi !)😡

Okay fine aku bagitahu , Superpark nie terletak di Avenue k Kuala Lumpur. Pada mulanya aku tak tahu pun pasal Superpark nie . A few week before aku ke Superpark aku nampak kawan aku Ig story superpark nie , dan aku nampak aktiviti yang dia buat seronok sangat jadi apalagi aku jalankan misi aku terus DM si murnie tanya pasal Igstory dia dan murnie nie sangat-sangat membantu dia bagitahu everything pasal Superpark. Nak cerita sedap kebetulan Elle (kawan aku daripada Sabah) nak datang ke KL sebab kitaorang nak berpoya poya and aku apa lagi listkan Superpark nie salah satu tempat berpoya-poya kami lah. hahahahahha

Sehari sebelum ke Superpark aku check website dia.--------------->  (https://www.superpark.com.my ) aku tengok date yang aku nak pergi tu full. Kecewa gila , tapi dimana ada kemahuan disitu ada jalan aku call superpark customer service tanyakan pada tiket apa semua dan diorang suggest untuk aku walk in je . Sementara nak tunggu walk ini esok aku pun godek - godek pasal Superpark nie , anddddd aku jumpa promotion which is 20% off to all Maybank Member. Disini kalau korang bayar gunakan maybank card tak kiralah debit atau kredit korang akan dapat 20% off . Aku pergi masa tu weekday harga asal RM 50 sebabkan aku guna Maybank Card aku dapat harga RM 40 je . Murahkannn



                 1-Day TicketNormal Price20% off
(Maybank Cardmembers Price)
Regular DayRM50RM40
Super DayRM70RM56

Location: 
Unit 4-1 Level 4, Avenue K Shopping Mall, 156 Jalan Ampang , 50450 Kuala Lumpur

Opening Hours:
Monday – Friday10 a.m – 9 p.m.
Sat, Sun, Public and School Holidays9 a.m. – 9 p.m.

  • Offer is valid from 17 June until 30 September 2019
  • Payment must be made with Maybank MasterCard® or Visa Credit / Debit Cards.
  • Applicable at SuperPark Malaysia ticketing counter for redemption of up to four (4) SuperPark Malaysia tickets at 20% discount.
  • Offer is valid for One Day Ticket (Super Day) and One Day Ticket (Regular Day) only.
  • Admission is only valid on the same day of purchase and do not include grip socks.
  • Offer cannot be combined with other promotions.
  • In the event of dispute, SuperPark Malaysia’s decision is final.
  • All Maybank Cardmember who are entering the activity park must sign off the waiver form.

Bagi couple-couple yang tak tahu nak dating kat mana dah , kat sini korang harus pergi nikmatilah zaman muda-mudi korang sebelum masing-masing sakit pingang. HAHAHAAHA😜. Bagi yang ada anak , bawalah anak korang kesini , bagi anak-anak korang develop sensori dan juga skill - skill mengikut usia mereka dengan baik. Malah Superpark ini adalah tempat yang paling sesuai buat family spent time sama-sama. Good Job Superpark Malaysia. 


Di Superpark nie terdapat lebih 25 aktiviti untuk berbilang usia daripada yang kecik sehinggalah yang tua. Safety pulak sangat-sangat bagus dan sangat dijaga dengan baik. Semua aktiviti adalah indoor jadi jangan risau kalau tak pakai sunblock pada anak-anak korang. Takkan ada calar dan juga baju yang sukar hilang kekotorannya . hahahaha Bayaran tu pun masuk satu hari. Incase jam 1 korang lapar , korang boleh keluar daripada situ untuk makan dan masuk balik selepas tu . Janji jangan hilangkan gelang diorang . Locker free dan cuma perlu bayar stokin je RM 5.00 . Banyak nie aku dah bagi maklumat apa tunggu lagi pergilah superpark ! nah aku tinggalkan video dengan gambar.







Setelah aku jatuh dan tak boleh bangun , penat kowt lompat-lompat


muka teruk penat benor yop.


Action like a pro 


Nie paling aku suka


Here i attach you guys Youtube aku untuk koranh berseronok bersama-sama aku di Superpark Malaysia.

Friday, July 5, 2019

Tips Buang Perasaan Toxis .

Assalammualaikum

Selamat bercuti kalian semua. Aku hari nie masuk kerja , walaupun sabtu tapi aku tetap berkerja. *nasib si fresh graduate*. Tiada apa yang indah pun jadi seorang pekerja , bagi aku indah bila awal bulan , gaji masuk hehehehehe. Bila masuk minggu seterusnya aku dah lemau , hati dan fikiran mula tak nak berkawan. (apa yang nak dirajukkan tu pun aku tak tahulah) . Since hati dan fikiran aku tengah merajuk sekarang jadi aku decide nak share kat korang tentang manusia dan perasaan sakit hati .

Kita manusia nie perasaan ada macam-macam perasaan sedih , marah, gembira, kecewa dan macam macamlah . 

"Jadi wara mana datangnya perasaan sakit hati nie ? 😮

Perasan sakit hati nie muncul bila primary perasan kau bercampur dalam satu masa yang sama. Sampaikan kau rasa resah dan geram terhadap seseorang individu. Kau sendiri yang create perasaan tu dan orang lain tak tahu pun kau sedang rasakan perasan tu. 💁 . Pelikkan , kau yang sakit hati dan kau salahkan orang atas kesakitan yang kau derita 😮 . Pernah satu tahap sesorang nie mula mempercayai sesuatu yang syirik membuatkan seseorang yang di benci itu derita. Apa-apa tingkah laku yang mendatangkan sesuatu yang negatif terhadap diri kita mahu pun orang lain , iakan perlu dirawat secara psikologi (Sila atur temujanji korang dekat Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai) dengan kadar segera. 🙎


Aku sebenarnya rasa sedih dengan masyarakat zaman sekarang yang masing-masing berlumba-lumba untuk membuktikan diri kita hebat, kaya, disukai dan dicintai. Hidup kita tidak akan pernah puas, tidak akan pernah lapang dan tidak akan pernah suka dengan pilihan kita . Manusia nie sebenarnya tamak . Dah dapat lebih,  nak lebih sampai dah tak tahu nak mintak apa lagi dah . Ini aku boleh cakap sedeh hidup! 😀 . 

Jadi kat sini aku nak bantu korang untuk elakkan perasaan cemburu yang menjerus kepada sakit hati dan sakit nurani. 

Tip 1 : Berhenti membezakan kehidupan kau dan kehidupan dia

Setiap daripada kita mempunyai jalan cerita yang berbeza, ujian yang berbeza , rezeki yang berbeza dan segala benda yang ada pada kita ini berbeza. (Kau pun mesti tak sukakan orang sama-samakan diri kau dengan orang lain) . Jadi kau tuan kepada badan kau berhenti "compare" diri kau dengan orang lain . Mungkin kau tak sedar yang kau tengah create  perasaan sakit hati dengan ayat "bestnya hidup macam dia" , "untungnya dia dapat suami kaya" , "untungnya dia lahir daripada keluarga kaya" ----------- ayat nie nampak simple je macam tak ada apa-apa tapi impak pada nurani kau sangatlah besar. Cut off ayat yang boleh menjatuhkan niat kau kepada niat buruk. 

Tip 2 : Berhenti bermegah-megah dengan diri kau sendiri

Dunia nie terlalu luas, kau kena faham jalan cerita yang kau sedang lalui nie . Kau dok sibuk cerita tentang kehebatan diri kau sampai kau lupa, ada individu lain yang lagi hebat daripada kau . Once kau terjumpa orang yang lebih hebat daripada kau , kau akan jatuh kau akan rasa stress , hina , bodoh and segala macam bad words  yang akan kau label pada diri kau sendiri.------------- ini bermula dengan perasaan kau ingin berlumba-lumba dengan apa yang kau ada sampai kau tertinggal jauh untuk melihat apa yang mereka ada . Kau rasa kau di atas sampai kau lupa yang kau hanya di pertengahan dan sedang takut rapuh  di tengah tiang . 


Pada zaman media teknologi nie , kita terlalu suka buat kajian tentang hidup orang lain daripada hidup kita, suka mencari objektif hidup orang berbanding hidup kita sendiri. Apa kata kita sama-sama tukar hidup kita untuk ke arah better future , daripada perasaan cemburu sebab orang mampu jadi kaya kita tukar perasaan tu  ke arah kita usaha untuk jadi kaya . Malaysia boleh ! Anda boleh ! Wara boleh !.


Aku tengah berusaha nak naik ballon panas supaya aku berjaya mencapai impian yang tinggi macam orang lain . Orang cakap orang yang banyak cakap nie kadang-kadang habuk pun tak ada . Macam akulah tu . huhuhuhu

Friday, June 28, 2019

My experience sitting for MUET


Assalammualaikum

Tadi tengah cerita pasal muet dengan officemate , membuatkan aku rasa nak throwback zaman aku lepas diploma nak ambil muet untuk sambung degree. Masa lepas diploma perasaan berkobar-kobar nak apply masuk IPTA , any IPTA yang terima aku , aku terima dengan hati yang terbuka. Maka dengan semangatnya aku beli no.pin BSN muet. 🙋. (P/s : untuk ambil muet korang kena beli no pin muet di BSN untuk mendaftar secara online) . Aku ambil Muet bulan Mac 2017 , sebab aku nak daftar UPU bulan JUN 2017. Pengalaman ambil muet memang seronok sangat. Aku macam nak ambil sekali lagi je 😹 . Aku tak fluent dalam English dan buat aku rasa gementar nak ambil muet, tapi aku tetap atasi perasaan tu demi segulung Ijazah Masa depan. Ramai je cakap dengan aku buat apa nak menyusahkan diri sambung study , tapi aku pekakkan telinga je. Aku memang suka hidup sebagai pelajar . soooooooooooooooooo what ?!

Peperiksaan Muet terbahagi kepada 4 iaitu speaking , writting , reading dan listening . Jarak exam speaking dengan exam yang lain memang jauh. Aku pun tak faham kenapa nak jauhkan . Exam speaking sangat best kalau dapat group yang saling bantu - membantu . Setiap daripada orang yang memahami English bukanlah bahasa utama seseorang tu. Aku dapat teammate yang sangat bagus, saling bantu membantu dalam mewujudkan suasana yang smooth sepanjang peperiksaan berlangsung. Jadi kalau nasib korang tak baik dapat lah groupmate yang pentingkan diri , aduh pening kepala wey !!!!!!!!!!!!.

Tajuk peperiksaan speaking aku ialah "What is the advantage if you have driving license" . Banyak juga yang aku taram . hahaha orang melayu kacukkan banjar nie payah bebenor nak speak London ! Masa untuk berfikir 5 minit dan masa untuk ulaskan segala point selama 10 minit. Pada mulanya aku rasa 10 minit tu lama bebenor , tapi bila idea mencurah-curah bagaikan curahnya air pancut 10 minit sangat-sangat  kejap bagi aku . Tips 1 : korang kena over-over taw bagi pemeriksan tu nampak korang berguna dalam group tu. (Over-over tu bukan maksud aku, kau tak bagi peluang dengan yang lain , tapi kau bercakap selagi boleh) . Guna perkataan *what do you think?* , *do you agree with me?* , *how about you?* , *yes , i agree with her/his point* dan bla bla lagi korang boleh guna. Biar nampak kau punya point bersambung dan sama dengan orang lain. 


Lepastu exam writing , listening and reading . Aku paling suka reading dengan listening. Writing aku aku tak suka sebab aku malas nak tulis. hahaha . Reading banyak kelirukan aku tapi kalau baca baik-baik 3 kali kau akan faham . Tips 2 : Jangan gopoh nak jawap soalan . Writing kau baca pass exam paper supaya kau boleh bayangkan apa soalan yang akan keluar. Tips 3 gunakan perkataan yang power-power untuk dapatkan markah yang tinggi. Korang tahu soalan writing aku sama macam soalan pass 2 years. Aku tak cakap senang tapi alhamdulilah bayangan tu memudahkan aku untuk menjawap. 1 bulan lepas aku settel semua exam aku dapat keputusan . Keputusan akan di warwarkan melalui online dan sijil muet akan dihantar pos ke rumah.

Aku dapat band 3 dalam muet. Okaylah daripada tak ada. Lepas habis muet aku sebenarnya lupa nak mohon UPU dan aku akhirnya kembali ke CUCMS dan CUCMS dan mengunakan muet untuk aku masuk. HAHAHA habis duit aku bayor ! . Setengah IPTS tidak memerlukan muet untuk masuk , tapi kalau kau ada bagus for your future lah . CUCMS bahasa bondanya English jadi muet bukan big thing untuk kau dapat degree. Cumanya kalau CUCMS buat muet kau joinlah mana tahu tiba-tiba dia wajibkan korang untuk konvo mesti ada muet. hahahaha

Bagi korang yang nak ambil muet aku suggestkan korang ke website ini untuk dapatkan panduan MUET . klik di sini :  Panduan MUET


aku tengah klik panduan ambil muet nie untu master . Korang bila lagi ? kliklah sekarang 

Saturday, June 22, 2019

Seoul , Korea aku rindu .

Assalammualaikum

Kali nie aku nak cerita pasal second time aku ke Korea. Last year , bulan 10 aku pergi ke Korea setelah 2 tahun aku tak sangka aku dapat kembali ke negera itu. Pada mula aku nak beli tiket , kakak aku membebel 2 hari 2 malam sebab katanya buat apa nak pergi sana sampai 2 kali . Tapi aku tetap pujuk dia ke sana juga. Aku tak tahu apa yang menarik sangat sampai aku rasa nak berulang alik kesana. Hmmmm nak cakap aku syok sangat kat mamat-mamat korea tu tak juga . Aku hanya minat Lee Minho je , nak kata aku kpop punya orang tak juga , aku apa pun tak tahu pasal kpop. Even blackpink pun baru-baru nie je aku tahu. Sebab aku tak faham pun lirik dia jadi tak masuk sangat dengan aku . Nak kata aku kdrama . Tengok mood . Kalau musim nak bercinta-cinta aku tengoklah tu pun aku suka kdrama yang lama-lama. Sebab tu aku banyak pergi tempat shooting k drama yang lama-lama . Baru-baru nie tengok kadang-kadang separuh jalan ke aku tengok.

Aku pergi masa tu musim luruh . Mungkin aku jatuh cinta tengok perubahan cuaca, perubahan warna daun , pembangunan yang maju dan kehidupan yang sentiasa sibuk sampai tak mampu fikir kehidupan orang lain. Sebulan sebelum berlepas aku dah bukak Vlog aku masa tahun 2016 dulu . Dalam hati tak sabarnya aku , lepastu aku ada follow instarfamous indonesia nie dia photographer yang menetap di Korea. Dia cakap kat Ig story dia "Siapa yang pergi ke Korea tak akan pernah move on" dan aku balas Ig story dia , niat bukan minta attention pun . Tak sangka pulak aku, dia balas Ig story aku. Dannnnnn korang tahu aku terjumpa dengan dia semasa nak ke Nami Island . Masa tu dia tunjukkan gate nak ke Nami Island , aku tak sure dia nak kemana pagi tu . Dengan selamber aku cakap😓


 " eh you , orang indonesia @Rufusazarya kan ?? " 
"dia cakap ya betul" 
"I follow you kat IG dan pernah DM you pasal trip i"


Elok lepas ayat aku habis aku terus lari kejar train , okay actually aku kejar train yang salah dan aku tak sempat tunggu dia balas ayat dia . Tapi aku boleh nampak dia terpinga-pinga . Mesti dia fikir 

"Perempuan daripada planet manalah budak nie"

Masa kat Korea aku memang extra peramah tegur orang sembang dengan orang. Pernah je aku kena reject sebab mungkin orang rasa aku menjengkilkan . hahahaha so whattttt?! , dengan ajumma , ajussi pun aku main taram je cakap . Siap ada yang offer aku cari dia kalau pergi ke Busan nanti . Pernah aku nak beli barang aku panggil Ajumma tu "Omma" dan dia perasan pulak tu aku panggil dia "Omma" aku pun cakap tak fikir. Tapi lepas cakap tu aku fikir "kalau dia nie mak lee minho, then aku panggil di Omma?? OMG !" okay done berangan . Lepas ajumma tu dengar aku panggi dia "omma"  terus  dia pengang belakang aku sambil cakapgwaenchanhda " dia bukan mencarut tau ..... Dia cakap "it okay". Lepastu sepanjang aku kat sana aku sentiasa jumpa korean yang baik tunjuk jalan sambil sembang dengan dia , tapi aku dengan kakak aku cakap campur korean + english lepastu kalau kami give up kami cakap terus bahasa melayu. hahahaha , ada 2 orang korea aku ajar 2 perkataan bahasa melayu okay !👀

Selain daripada tu aku rasa mungkin sebab aku berdua dengan kakak aku . Kitaorang spent time together, bergaduh, menangis , gembira. kadang-kadang adalah drama-drama malaysia kami bawak macam tingglkan satu sama lain , hahahahah (serius kami buat) cumanya kejap jelah. Bila tengah gaduh-gaduh mesti ada orang nak tangkapkan gambar kami , nak tak nak depan orang aku terpaksalah berbaik dengan kakak aku. Jadi aku tak tahulah apa jadi kalau hidup aku tanpa kakak aku dan kakak aku tanpa aku. 

Bandar Seoul taklah besar mana , kalau kau travel 3 minggu dah settel dah kau cover cumanya , yang membuat kau jadi tak settel cover bila setiap langkah kau rasa cantik dan nak ambil gambar. weyyyyyy aku rindu korea !!!!!!!!!!!!!💓

Before nie aku pernah tulis blog pasal korea , incase korang tak jumpa blog aku tu , nieee kat bawah  👇👇👇aku sertakan link nie korang boleh studylah cara perjalanan nak ke korea. Study dan make sure korang sampai kat sana ! Dah lah malas nak tulis panjang-panjang bukan Korea Tourism Organization nak sponsor aku. Sepanjang perjalanan aku , aku mengunakan map, coupon , t-money , free entrance dan macam - macam lagi daripada Korea Tourism Organization . Check their website to get more information .   

Wara In Seoul (ada 7 Part semuanya ,  detail )

Wara In Seoul Part 1


Wara In Seoul Part 2


Wara In Seoul Part 3


Wara In Seoul Part 4


Wara In Seoul Part 5


Wara In Seoul Part 6


Wara In Seoul Part 7




Ini Youtube aku . 





Kat blog aku dah bagitahu bajet dan perjalanan aku macam mana kat sana . Sama je semua . 

Monday, May 27, 2019

Kerja atau sambung belajar?

Assalammualaikum

Selamat pagi wahai dunia ku ! . Hari ini adalah puasa yang ke ???? serius aku lupa berapa lama aku puasa (apa wara beriman ke tak ? puasa pun tak ingat hari ke berapa) . Sejujurnya aku cepat lupa kadang-kadang dah kencing pun aku lupa dah kencing ke tak , makan pun kadang-kadang lupa dah makan ke tak sebab asyik berlapar je sepanjang hari . lol👀👀👀. Tapi yang pasti tak lama lagi nak raya dah sebabnya semanjang jam , semanjang ramai orang kiri dan kanan. Aduh-aduh serabut aku tengok kesesakan yang berlaku. puhhh 😰😰😰😰 .Korang yang baca nie dah beli belum baju raya, kuih raya, seluar raya, makeup raya, sabun raya, berus gigi raya, bantal raya, langsir raya, minyak wangi raya dan sewaktu dengannya beraya ? Kalau belum pergilah beli , ambil lah masa . Aku tengok banyak sale raya , mesti rambang mata korang . haaa kau tu mesti gaji dah masuk kannnnnnnnnnnn ??? apa tunggu lagi isi lah minyak kereta beli barang raya ? ( Tapi wara banyak sangat hutang nak kena bayar , tak mampu nak beli barang raya ) . 

WEYYYYYYYYYYYYYY. Relax kau tak keseorangan . HAHAHA aku pun macam tu , aku selalu buat loan dengan kakak aku. Lepas cukup bulan mula kakak aku jadi ahlong kutip hutang hahaha ( melayukan ) jadi nak dekat-dekat raya ini memang kena keluar  duit yang banyak . Tapi tulah aku fikir beli macam-macam , harga mahal-mahal pakainya tak lama. Tahun depan beli lagi , beli beli beli beli sampai badan gemuk lepas tu tak muat , lepas tu buang. Boleh bayangkan tak ? masa kau  nak beli bermati-matian kau ikat perut dan bila masa kau tak nak dah macam tu je kau buang. Jadi pilihan kat tangan masing- masing. (sebenarnya aku cakap kat diri aku , aku kan melayu cakap orang aku pun  2x5 juga 🤪)


Cerita pasal duit , aku rasa nak cerita kat korang sesuatu. Aku sekarang officially jadi seorang perkerja (Kuli secara tetap 😅 ) di sebuat pusat Psikologi. Secara jujurnya aku bukanlah clinical atau apa-apa setting yang berkaitan , aku hanya seorang yang tiada apa-apa tapi acah nak nampak berkerjaya 😏😏 . Normally macam tulah manusia, pergi kerja balik kerja , bila up kat igstory kena nampak berkerjaya, kena nampak macam cerdik, pintar dan cerdas. (Kenapa macam tu ? ) . Ini sebabkan  ‘stigma’ .Kita yang tetapkan  "orang berkerjaya adalah orang yang berkerja dalam profesional setting, yang mempunyai pelajaran yang tinggi , penampilan yang rapi, kereta yang besar, telefon yang canggih" - kalau kau nampak contoh aku bagi nie semua "something" yang boleh nampak dan sentuh 💨. 

Tetapi realitinya , itu hanya warna diatas lukisan dan bukan lukisannya, kadang-kadang orang yang dalam profesional setting nie sangat struggle nak bersaing dengan mereka yang dalam bidang yang sama dan datang si makcik pakcik yang bidang berlainan acah-acah hebat depan muka dan jatuhkan semangat orang nak kerja. 😡😡😡 . Apa-apa bidang dalam dunia nie mempunyai tanggungjawap yang tersendiri , jangan cakap "aku niaga kuih je , tak macam kau doktor" alaaa doktor kalau nak makan kuih cari kau juga , belum pernah lagi aku nampak doktor nak kuih pergi cari pengarah hospital 😷 . "aku nie niaga baju je ,  tak macam kau orang IT" alaaaaaaaaaaaa kau belajar basic need tak? , aku tak pernah nampak orang IT bogel pulak , kalau ada yang bogel duduk depan pc ,  baik siasat adakah dia benar-benar IT atau dia jeng jeng jeng .... 🙏😾😾.


Kerja seronok dapat gaji, dapat beli apa je guna duit sendiri (well before nie aku dapat beli apa je juga dengan berkat bodek abah ) tapi feeling duit sendiri tu lain , rasa sayang nak guna , rasa nak suruh diorang beranak pinak dalam bank😹😹 . Bila dah kerja tak bermaksud aku akan hentikan perjalanan aku untuk sambung master . Aku plan after kahwin aku nak sambung master (master apa ?) mungkin master dalam menjaga suami . acehhhhh  (kakak aku baca nie sure nie kabor gatainyaa adik aku nie ) the realitinya aku memang gatal . hahahahha

Sambung belajar dah seperti impian aku , aku nak jadi seorang yang gemilang dalam banyak aspek . Habis study nie pun macam-macam plan aku walaupun aku masih ada research yang perlu di settelkan.  Itulah kalau aku jadi suri rumah, ijazah aku nie akan menentu besar mana dapur aku nanti 🙈. HAHAHA , aku tak sabar nak share kat korang plan aku lepas raya nie . Sumpah aku tak sabar nak bagi tahu dan kali nie mesti jadi aku dah ada pak guide yang akan ajar aku satu - satu . Aku target tahun depan orang yang tengah menaip di depan laptop ini akan bercakap depan korang sambil perkenalkan diri dia , siapa aku dan mengapa aku menjadi aku . Okey adosssss 🙌🙋


Seorang yang perasan bagus
 (sebelum korang cakap kat aku , baik aku cakap kat diri aku sendiri)

Thursday, May 9, 2019

Kenapa wujud burnout?

Assalammualaikum

Macam biasa sebulan sekali je aku wujud kat blog nie. hehe. Selamat berpuasa teman-teman. Hari ini puasa yang ke 5 ! uuuuuu, sepanjang 5 hari puasa aku belum lagi buka puasa dengan mak abah. Aku tak sabar nak tunggu jam kat dinding menujuk pukul 4 , tamat waktu kerja untuk aku pulang ke tempat halaman. Kejap lagi aku nak drive balik Cyberjaya jumpa dua dak kecik naufal dan nazeef. Agak-agak puasa ke idok budak-budak tu. Naufal boleh harap lagi tapi si nazeef tu sangat meragui aku. hahaha alahai tak sabar nak buka puasa hari ini dengan diorang.

Aku dah burnout week nie. Burnout sampai aku rasa otak aku tak dapat berfikir idea-idea yang bernas. Aku rasa nak duduk dan tidur dalam gelap. Tak nak jumpa orang dan tak nak nampak orang langsung. Tengah burnout macam nie aku cepat panas dan sensitive apa orang cakap pada aku. Ye benda nie aku dah rasa banyak kali , time-time burnout macam nielah aku akan bergaduh dengan orang sebab orang tak faham apa yang aku go through. 

Macam mana boleh berlaku burnout ? 

aku mula burnout bila aku buat kerja lebih daripada kemampuan atau aku berfikir lebih pada masanya. Sebab tu daripada dulu aku tak suka cakap, bincang, atau buat kerja luar ke dalam rumah. Bagi aku rupa adalah "peaceful place" untuk aku. That why aku suka study kat luar dan habis study baru balik rumah. Aku tak nak penat vibe dan negative vibe di bawak pulang. Aku start burnout lepas aku di serap masuk kerja, mungkin aku fikir adalah lebih bagus kalau aku terus berkerja daripada aku mengangur. Bila aku start kerja vibe dia jauh lain sekali semasa aku interns. Masa intern aku hanya perlu ikut arahan tapi sekarang aku kena fikir dan bedirkari sendiri, apa yang aku nak buat dan bila kerja tu akan siap. Di sebabkan aku takut tak dapat siapkan task di beri dalam suatu jangka yang tertentu menyebabkan aku kerja dan berfikir lebih daripada biasa. Itu lah outcomenya badan aku jadi lesu, rasa mengantuk, rasa tak nak cakap dengan orang dan kurang untuk bersosial dengan siapa sekali pun. 

Dekat sini aku beritahu korang apa itu burnout supaya aku tak ada kesalah taksiran tentang burnout. 

Definition Burnout :-
Burnout is a psychological syndrome emerging as a prolonged response to chronic interpersonal stressors on the job, and overwhelming exhaustion, feelings of cynicism and detachment from the job and a sense of ineffectiveness and lack of accomplishment"

 dan ini untuk pengetahuan supaya aku nanti tahu aku stress ke burnout:-



Are you on the road to burnout?



You may be on the road to burnout if:
                                                    -Every day is a bad day.
                   -Caring about your work or home life seems like a total waste of energy.
                                           -You’re exhausted all the time.
                          -The majority of your day is spent on tasks you find either
                                             mind-numbingly  dull or overwhelming.                                                            -You feel like nothing you do makes a difference or is appreciated.

                  Signs and symptoms of burnout



Physical signs and symptoms of burnout

  • Feeling tired and drained most of the time
  • Lowered immunity, frequent illnesses
  • Frequent headaches or muscle pain
  • Change in appetite or sleep habits

Emotional signs and symptoms of burnout

  • Sense of failure and self-doubt
  • Feeling helpless, trapped, and defeated
  • Detachment, feeling alone in the world
  • Loss of motivation
  • Increasingly cynical and negative outlook
  • Decreased satisfaction and sense of accomplishment

Behavioral signs and symptoms of burnout

  • Withdrawing from responsibilities
  • Isolating yourself from others
  • Procrastinating, taking longer to get things done
  • Using food, drugs, or alcohol to cope
  • Taking out your frustrations on others
  • Skipping work or coming in late and leaving early
The difference between stress and burnout
Stress vs. Burnout
Stress
Burnout
Characterized by over-engagementCharacterized by disengagement
Emotions are overreactiveEmotions are blunted
Produces urgency and hyperactivityProduces helplessness and hopelessness
Loss of energyLoss of motivation, ideals, and hope
Leads to anxiety disordersLeads to detachment and depression
Primary damage is physicalPrimary damage is emotional
May kill you prematurelyMay make life seem not worth living
Source: Stress and Burnout in Ministry


Retrieve from  
https://www.helpguide.org/articles/stress/burnout-prevention-and-recovery.htm/

 

macam nielah muka aku sekarang bila tengah burnout 

Thursday, April 11, 2019

Research PROJECT bila nak siap?

Assalammualaikum

Rajin makcik hari ini nak menulis. Hari ini aku nak cerita perjalanan kisah aku untuk menyiapkan research project aku. Aku harap bila sahaja aku siap research nanti , aku akan baca balik post ini dan kenang liku-liku perjalanan sepanjang menyiapkan research ini.

Hampir 3 semester aku buat kajian ini, semakin hari semakin kurang motivasi aku untuk menyiapkannya. Kadang kala aku terfikir cukup sampai disini , aku tak nak teruskan lagi tapi semakin aku nak berhenti semakin itu aku akan terbayang-bayang muka mak dan abah. Setiap daripada kita ada kesukarannya , mungkin aku sukarnya tang ini korang mungkin tang itu. Jalan cerita kita tak mungkin sama.

Kajian yang aku buat ini tidak sehebat mana, aku buat kajian tentang "smartphone use while driving and distraction". Motif aku ingin buat kajian ini adalah aku ingin mengkaji ganguan yang menyebabkan seseorang itu mengunakan telephon pintar semasa memandu. Nampak sahaja pekara itu simple seperti ABC tapi setiap tingkah laku manusia itu mempunyai sebab dan penyebab mengapa ianya berlaku. Tidak ada maksud tingkah laku itu sahaja-sahaja di buat. Sebagai contoh seseorang yang ketagih terhadap telephon pintar sehinggakan emosinya tidak teratur sehingga boleh menjadikan dirinya tidak bertindak seperti normal. Hal ini dianggap abnormal dan boleh menjejaskan kesihatan. Justerus dengan itu aku memilih topic itu sebagai kajian aku.

Tapi itulah, semakin nak siap semakin banyak perlu di perbaiki semakin banyak dugaan yang kena lalui. Pada mulanya supervison aku adalah Prof Dr Mahmood Nazar Mohamed, the best lecture and supervisor. Cara pendidikan beliau sangat santai dan beliau selalu mengagap kami student seperti anak-anak. Tapi semakin kita sayang seseorang itu semakin itu Allah lebih menyayanginya. 3 Januari 2018 beliau di jemput ilahi. Pada ketika ini aku minta korang sedekahkan Al-Fatihah buat beliau. Buat Prof terima kasih kerana membantu selama ini, terima kasih kerana berkhidmat dan menyebarkan ilmu-ilmu yang kami sendiri takkan dapat dimana-mana. Aku betul rasa bangga kerana di beri peluang untuk menjadi anak didik beliau . Aku ingat lagi masa aku diploma dan ambil subject "Research Method" masa tu baru je belajar cara nak buat research dan masa tu yelah aku student diploma manalah mahir nak baca journal berbagai kemudian aku ingat lagi Prof cakap "cara kamu buat nie orang bodoh pun boleh buat" sambil  senyum dia cakap dalam tegas, masa tu aku rasa betul-betul nak menangis , keluar daripada bilik dia aku terus menangis dan belajar buat research siang malam sampai aku tidur pun tunggang terbalik. Aku nak tunjukkan aku mampu lulus dan dapat subject nie A. Alhamdulilah aku dapat A dan sehingga hari ini aku ingat susahnya subjetc Research Method masa tu. Masa tu aku cakap dengan Prof "terima kasih Prof sebab cakap saya macam tu" dan Prof cakap kalau dia tak cakap aku macam tu mungkin aku tak ada inisiatif nak berubah. 

Masa aku dapat tahu Prof jadi supervisor aku dalam Research Project degree aku mula yakin dan happy. Saat tu dia sangat sistematik dan teratur dia tak marah malahan dia tegur pun secara berhedmah. Sekarang supervisor aku berganti. Maka dengan itu mulalah cara baru dan langkah yang baru. Lain orang lain caranya. Tapi aku makin rasa bersyukur. 

Pengenalan yang singkat dengan Prof sangatlah aku hargai . Terima Kasih Prof. Kini aku dibawah Professor Dr Rosnah Binti Ismail. Expectation Prof Rosnah terhadap kami pelajar beliau sangatlah tinggi sehingga aku takut untuk mendaki. Kalau aku jatuh bagaimana ? kalau aku mati di tengah perjalanan bagaimana? itulah sering kali berlegar-legar di benak pemikiran aku.

Aku suka tanya orang tentang research aku. Supaya ramai dapat beri pandangan dan dapat aku meningkatkan mutu penulisan aku dalam research aku. Penat sebenarnya buat research. Aku boleh katakan mereka yang banyak mengeluarkan research ini adalah kalangan ahli jauhari.

Hari ini 12 April 2019 aku masih lagi dekat Chapter 2 buat literature Review dan juga theory  . Harap dapatlah siap dalam minggu nie .  😣😣😣😣😣😣😣






P/s aku letak gambar @aleezaorelle , sebab inilah kawan sama-sama susah buat research saat nie. Walaupun laut yang memisah tapi kami masih sama-sama struggle nak siapkan research nie.


Thursday, March 14, 2019

Macam mana nak jadi psychologist?

Assalammualaikum
Korang aku dah kembali berjumpa blog aku nie, terasa ada idea nak menulis. Aku tak consistent melepak dekat blog sendiri. Banyak melepak di laman orang je sebab nak membawang. HAHAHA . Laman aku nie sendu sebab aku tak bawak pak bawang mak bawang masuk. Kalau ada membawang pun lepas aku post nie. Aku pasti ramai yang cakap "eleh, itu pun nak tulis", suka hati akulah tenuk nak tulis apa pun, cemburulah tu tak reti menulis. Okay I'm done , kibar tudung jap.

Okay korang tengok tajuk post aku , macam mana nak jadi psychologist?. Ramai yang tanya aku soalan nie, terutama adik-adik junior :-

"kak wara macam mana nak jadi psychologist?" "macam mana nak bagi talk macam psychologist?" "macam mana nak sebarkan awareness macam orang tu dan orang nie" "kak wara saya suka belajar psikologi saya nak jadi psychologist" "kak wara saya suka nasihat orang , saya nak jadi psikologist"

Okay wahai adik-adik sekalian , akak cakap jujur kat sini, kalau impian awak nak jadi psikologist sebab nak keluar tv, nak bagi talk, nak jadi influences awak kena pastikan pengikut media social awak tu  berjuta-juta. Then awak ulaslah tentang isu-isu semasa kaitkan dengan tingkah laku dan kemudian orang akan kagum. Berapa kukuh pencerahan awak hanya awak sendiri tahu. 

Ramai yang memandang psikologi daripada satu penglihatan, maksudnya belajar psikologi then keluar terus jadi psikologist, tak adik - adik , untuk jadi psikologist awak kena specifickan bidang awak. macam mana nak specifickan bidang? sambung belajar. Kemudian seorang psikologist tugas dia bukan sahaja untuk memberi ilmu pada orang awam tentang mental health isu malahan seorang psikologist juga kena mencari ilmu untuk gain knowledge. 

"tak cukup ke belajar psikologi, sampai kena cari lagi?"

Ini aku ambil apa yang lecture aku cakap dulu , client kau berlatar belakangkan macam-macam . Mungkin dia ada UPRS, mungkin dia ada PMR , mungkin dia ada SPM, mungkin dia ada Diploma, mungkin dia ada Master, mungkin dia ada PHD, mungkin dia LGBT, mungkin dia Single father/single monther, mungkin penagih dadah, mungkin seksual worker dan boleh apa sahaja . Jadi setiap golongan ini mempunyai cara komunikasi yang berbeza mungkin ada yang kasar, lembut dan tak cakap langsung. Ilmu diorang tak sama dengan ilmu kita, so that kita kena banyak membaca, pergi majlis ilmu, pergi join ngo , turun padang supaya kita tahu berkomunikasi yang betul dalam golongan  mereka. Definisi psikologi adalah memahami tingkah laku dan permikiran manusia. So that korang boleh nampak dalam definisi tu , memahami tingkah laku manusia. Seseorang yang bertingkah laku sedemikian mempunyai sebab sedemikian. Kat situ je dah jelaskan seseorang psikologist bukanlah seorang yang judgmental person. Atas sebab itu orang yang nak menjadi psikologist yang hebat kena sentiasa mencari ilmu dan bukan sahaja mengeluarkan ilmu.


"okay macam mana pula kalau belajar psikologi tapi tak jadi psikologist?"

Macam ini, belajar psikologi merangkumi semua aspek, dalam psikologi kau nak belajar marketing ada, kau nak belajar education ada, kau nak belajar penjagaan kanak-kanak ada, kau nak belajar communication skill ada, kau nak belajar jadi speaker ada. Ramai orang dalam dunia nie ambil psikologi tapi bila habis belajar mereka berkerja dalam bidang masing2, ada yang tak letak pun title psikologist, bagi aku tak penting pun unless ilmu psikologi tu kau ada. Kalau kau perasan , orang psikologist akan kenalkan diri dia macam nie, 
  1. "Saya sipolan , clinical psychologist"
  2. "Saya sipolan , education psychologist"
  3. "Saya sipolan , developmental psychologist"
  4. "Saya sipolan , sport psychologist" 
Kau akan nampak diorang perkenalkan diri mesti dalam specific bidang diorang. Sebab diorang pakar dalam bidang tu dan diorang juga mempunyai master dalam bidang itu. Kiranya untuk ada title psikologist kau kena sambung Master. Jadi kalau nak tanya soal ADHD jangan tanya kat sport psychologist pulak.

 Kalau orang yang belajar psikologi dan tak letak psikologist dekat belakang nama dia pulak macam nie:-
  1. "Saya sipolan , speech therapy"
  2. "Saya sipolan , marketing manager"
  3. "Saya sipolan , pegawai permulihan"
  4. "Saya sipolan , social woker"
Diaorang nie pun belajar psikologi cumanya diorang tak guna perkataan psychologist kat belakang title diorang. That mean diorang mostlynya degree in psychology ( Degree in psychology adalah general dan tak ada specific bidang, untuk speech therapy diorang dah specific bidang semasa degree)

Jadi buat yang minat psikologi fikir betul-betul bidang korang , as student psikologi jauh perjalanan kita nak tambah pengetahuan. Macam aku kadang-kadang sampai rasa macam nak muntah belajar, lepas tu tenang lepas tu rasa nak muntah. Tetapi memang best belajar psikologi nie. Kat sini pun aku nak pesan kat korang kalau korang ada mental health isu, korang pergi lah rujuk pakar dan jangan sesekali diagnose diri sendiri. Kalau rasa swasta mahal pergi kerajaan. Jangan kau pergi dm , student degree macam aku ke , orang yang bagi talk tak penah buat sesi ke, orang yang viral sebab pengalaman dia ke. Jumpa pakar. Kalau sakit perut , sakit kepala , ciri birit tahu korang cari doctor bukan cari "orang yang pernah kena" . Diorang boleh explain what you feel but they never want to feel what you feel. As student psikologi aku sering di ajar cara put youself in their shoes, even you not wear the shoes but just feel it and you can feel how the sickness of people who are suffer from mental health issue.  


FYI : Psychologist kerja tak sama macam kauselor tau. 

Kat bawah nie aku bagi perbezaan 



Counselor

  • Often used as an umbrella term for both licensed clinicians with advanced degrees and those offering other forms of counseling.
  • Counselors work with the patient to determine the best way for the counseling sessions to provide preferred outcomes.
  • Counselors do not require the same degree of advanced training or licensure to operate.
  • Counselors have access to a much broader field of potential models for counseling.
  • Counselors lack the in-depth understanding provided by clinical research found in therapy and Psychology

Therapist

  • Protected title in some states such as California, requiring licensure to operate
  • Can include various kinds of Psychologists, Licensed Social Workers, Counselors and Marriage and Family Therapists.
  • Use behavioral approach to therapy
  • Different degrees offer routes to the protected title of therapist including but not limited to: Master in Psychology,
  • Master in Marriage and Family Therapy, Master of Social Work, Master in Counseling or a Doctorate in any of those fields.
  • In some states where this term is not legally protected this can include life coaches and others who may not have the same kind of licensure and degree requirements.

Psychologists

  • Usually requiring a minimum of a Master’s degree in Psychology to achieve this title. In rare cases, might include Bachelor’s degree holders.
  • In most cases, refers only to those licensed by a state board to provide Psychological therapy.
  • Must adhere to high standards regarding ethics and confidentiality as provided by the state board.
  • Can be involved in direct therapy with patients in private practice.
  • May teach at a college or university
  • Might be a leader or part of a team conducting research for a university or private enterprise
  • Uses researched based psychological behavioral approach to treating clients
  • Can assess and make clinical evaluations of clients mental health and diagnose mental illness
  • Make judgments on the best course of treatments based upon current clinical research in the field.
Human service edu .org , counselor vs therapist vs psychologist , retrieve from https://www.humanservicesedu.org/counselor-vs-psych-vs-therapist.html#context/api/listings/prefilter